1 kes kematian akibat ‘rabies’, orang ramai diminta berhati-hati

1 kes kematian akibat ‘rabies’, orang ramai diminta berhati-hati

1 kes kematian akibat ‘rabies’, orang ramai diminta berhati-hati. Satu lagi kematian disyaki dijangkiti rabies dari bangkai anjing dari Ogos hingga 17 Sept lalu yang dikesan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, menjadikan empat kematian akibat rabies dicatatkan dalam tempoh itu.

Menurut sumber, Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Choo Huck menyatakan bahawa kes terbaru melibatkan mangsa yang dipercayai mendapat jangkitan penyakit itu semasa mengendalikan bangkai anjing peliharaannya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, tiga kes terdahulu melibatkan seorang mangsa dicakar kucing peliharaan, manakala dua lagi mangsa digigit anjing peliharaan.

1 kes kematian akibat 'rabies', orang ramai diminta berhati-hati

“Semua kes ini tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan selepas digigit, dicakar atau mengendalikan bangkai haiwan,” katanya dalam menurut laporan.

15 kes rabies secara keseluruhan di Sarawak

Difahamkan, 15 kes secara keseluruhan akibat rabies dilaporkan di Sarawak tahun ini dan jumlah kematian itu sebahagian daripada 17 kes rabies dilaporkan di negeri itu antara 1 Jan hingga 17 Sept lalu, memetik FMT.

Katanya lagi, daripada 17 kes itu, lima kes dari Sibu, Serian (empat), Kuching (tiga), Bintulu (tiga) dan Samarahan (dua).

Bahkan, Ooi turut mengatakan bahawa jumlah kes rabies untuk tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 70% berbanding hanya 10 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Kumulatif kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak yang dilaporkan sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah 72 kes dengan 65 kematian.

Orang ramai diminta dapatkan rawatan segera

Susulan itu, orang ramai dinasihat segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat selepas digigit atau dicakar haiwan peliharaan.

“Orang ramai juga dinasihat tidak mengendalikan bangkai haiwan tidak diketahui status jangkitan, termasuk haiwan peliharaan dan perlu melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk pengendalian bangkai berkenaan,” tambahnya lagi.
Baca Lagi:
Rupanya ini punca kenapa serangan strok dan jantung sering berlaku dalam bilik air
‘Mengaku duda isteri meninggal, mak tertipu kahwin dengan lelaki berkopiah, siap ugut nak santau’
Ramai yang belum tahu, minyak masak terpakai jangan buang, anda boleh jual kembali di Petronas dengan harga RM3 sekilogram
CATEGORIES