Netizen lepas geram kongsi kesalahan anggota JPJ selepas ramai rider terpaksa jalan kaki kerana motor kena sita

Photo of author

By Joe

Netizen lepas geram kongsi kesalahan anggota JPJ selepas ramai rider terpaksa jalan kaki kerana motor kena sita. Baru-baru ini masyarakat digemparkan dengan berita seorang penunggang p-hailing yang disita motosikalnya akibat kesalahan tamat tempoh insurans kenderaan di Nilai, Negeri Sembilan.

Namun, selang beberapa hari kemudian, tular satu video memaparkan kejadian serupa di Kuala Krai, Kelantan apabila seorang penghantar makanan turut mengalami nasib sama.

Dalam video berdurasi 13 saat itu, individu berkenaan dirakam berjalan kaki di sebuah laluan jalan raya selepas motosikalnya dipercayai disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis pada Rabu.

Netizen lepas geram kongsi kesalahan anggota JPJ selepas ramai rider terpaksa jalan kaki kerana motor kena sita

Dihujani pelbagai spekulasi dan komen di laman media, rata-ratanya meluahkan rasa sedih atas nasib dialami lelaki tersebut.

Seorang lelaki dikenali sebagai Syammil Hairudin berkata, pihak JPJ sememangnya sedang menjalankan operasi sekatan jalan raya secara besar-besaran di laluan berkenaan sejak Rabu.

“JPJ buat operasi besar di Kuala Krai, memang semua yang ada masalah terutamanya penunggang motosikal akan sangkut,” katanya.
“Sedih tengok kes macam ini berulang, dia cuma cari rezeki hantar makanan, jalan kaki macam itu tak sampai hati tengok,” ujar Faris Ramlan.
“Dah melampau, sepatutnya diberikan surat amaran jangan terus disita, orang tu tengah bekerja dibiarkan balik jalan kaki,” jelas Hany Syairah.

Disebabkan itu, ramai netizen mula ‘lepas geram’ apabila bertindak menyebarkan gambar sebuah kenderaan JPJ yang melanggar undang-undang jalan raya.

Kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan itu dilihat berhenti melebihi garisan putih ketika menunggu lampu isyarat merah.

Netizen lepas geram kongsi kesalahan anggota JPJ selepas ramai rider terpaksa jalan kaki kerana motor kena sita

Ia sekali gus mengundang kemarahan ramai yang mendakwa pihak terbabit turut melakukan kesalahan dan perlu dikenakan hukuman setimpal dengan penunggang p-hailing yang disita tempoh hari.

Namun, belum ada sebarang kenyataan lanjut daripada pihak JPJ setakat ini dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu tersebut.

@nieffff__ Kuala krai problem‼️ #viraltiktok #fypシ゚viral #berandafyp ♬ bunyi asal – FansAnime

Baca Lagi:
Nasib Syed Saddiq akan diketahui 9 November nanti
‘Mengaku duda isteri meninggal, mak tertipu kahwin dengan lelaki berkopiah, siap ugut nak santau’
Nampak lucu kentut depan isteri, ini hukum yang ramai tak tahu, jangan jadi seperti kaum Nabi Luth