Haram hukum cas telefon dalam masjid – Ustaz Azhar Idrus

Haram hukum cas telefon dalam masjid – Ustaz Azhar Idrus

Haram hukum cas telefon dalam masjid – Ustaz Azhar Idrus. Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum mengecas telefon dalam masjid adalah haram melainkan ia telah diwakafkan oleh pihak masjid.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjawab persoalan tersebut ketika mengadakan ceramah di Masjid Al- Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Jelasnya, hukum tersebut adalah haram kerana masjid tidak boleh disamakan seperti rumah sendiri kerana kebanyakan barang telah diwakafkan.

Haram hukum cas telefon dalam masjid - Ustaz Azhar Idrus

“Jika kita yang bayar bil elektrik masjid, kita boleh cas telefon. Contohnya, bayar RM2,000 setiap bulan. Tetapi kalau orang lain yang bayarkan, tidak boleh.
“Melainkan ada soket disediakan khas ditulis sebagai wakaf cas telefon percuma. Kerana harta itu dikira harta sabil atau wakaf.
“Paling kerap buat dosa, apabila ahli jawatankuasa masjid bawa barang-barang masjid balik rumah. Contohnya pinjam karpet, bawa balik sebab anak ingin kahwin,” katanya.

Tambahnya lagi, menurut riwayat Imam Nawawi, haram hukumnya jika orang ramai mengambil wuduk di mesin penapis air di masjid kerana telah diwakafkan untuk diminum sahaja.

Baca Lagi:
10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku
Pemuda ini dedah gaji Hakim di malaysia amat mengejutkan..
Pergi honeymoon dekat Cameron, suami boleh ajak kawan laki dia ikut sekali siap duduk bilik bersama
CATEGORIES