Engku Emran bercerai dengan Nabila?, ini sepatah dua kata dari Erra Fazira

Engku Emran bercerai dengan Nabila?, ini sepatah dua kata dari Erra Fazira

Engku Emran bercerai dengan Nabila?, ini sepatah dua kata dari Erra Fazira. Erra Fazira, 49, tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila yang didakwa sudah retak menanti belah seperti didakwa ketika ini.

Erra berkata, dia juga hanya mendapat tahu perkara itu menerusi laporan media saja.

“Saya tidak mahu masuk campur urusan bekas suami kerana menghormati cara dan kehidupannya. Kalau kami bercakap pun hanya pasal anak saja.
“Setakat ini, Emran juga tidak ada beritahu saya apa-apa pun berkaitan rumah tangganya dengan Nabila. Sebagaimana yang kita tahu Emran seorang yang sangat berahsia orangnya,” katanya ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta jenama Captain Dolphin di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Engku Emran bercerai dengan Nabila?, ini sepatah dua kata dari Erra Fazira

Ditanya sama ada dia ada bertanyakan anaknya, Engku Aleesya, 13, mengenai perkara itu, Erra berkata, dia juga tidak mahu emosi anaknya terganggu dengan perkara sedemikian.

“Saya juga menghormati anak saya dan tidak mahu perkara itu mengganggu fikirannya. Kalau Aleesya mahu berkongsi perkara itu, saya bersedia untuk menjadi pendengar yang baik,” katanya.

Bagaimanapun, kata Erra, jika benarlah dakwaan Emran dan Nabila sudah bercerai, dia menganggap perkara itu sudah ditakdirkan.

“Tiada siapa yang berkahwin mahukan perceraian. Mungkin mereka ada masalah yang tak terbendung lagi. Kita jangan menilai orang kerana kehidupan kita pun tak tahu lagi.

“Walaupun saya pernah hidup bersama dengannya (Emran) tapi saya tidak pernah menilainya kerana itu adalah takdirnya,” katanya.

Baca Lagi:
5 senarai artis Malaysia hidup berpoligami dan kekal bahagia sampai sekarang, no 5 paling power sekali..
10 tahun isteri sakit, aku cuba nak ringankan beban dia kahwin satu lagi tapi ini yang berlaku
Pergi honeymoon dekat Cameron, suami boleh ajak kawan laki dia ikut sekali siap duduk bilik bersama
CATEGORIES