Anggota badan melecur tahap 4, rupanya ini jenis asid yang disimbah pada Faisal Halim

Photo of author

By Joe

Anggota badan melecur tahap 4, rupanya ini jenis asid yang disimbah pada Faisal Halim. Tonggak Harimau Malaya Faisal Halim dipercayai disimbah asid sulfurik pekat hingga menyebabkan beberapa anggota badan melecur tahap empat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon ketika melawat Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey di hospital swasta, di sini, hari ini.

Johan berkata, pakar perubatan akan menggunakan sejenis ubat khas dari Australia kepada Faisal untuk membantu memulihkan kecederaannya.

Anggota badan melecur tahap 4, rupanya ini jenis asid yang disimbah pada Faisal Halim

Beliau berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan Faisal untuk terus kuat dan kembali pulih.

“Keadaan kecederaannya agak serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk. Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat,” katanya.

Faisal yang juga tonggak penting skuad kebangsaan mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali menggunakan asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, kelmarin.

Pemain berusia 26 tahun itu dilaporkan selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam.

Selain itu, Johan berkata, Faisal akan menjalani satu lagi pembedahan pada petang ini dalam usaha memastikan kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

Baca Lagi:
Pernah tak rasa nak terberak gila-gila bila jalan jauh, ikut 6 tips ini supaya perut anda selesa
Lelaki Malaysia ini tak malu jadikan kereta sebagai rumah sebab dapat jimat banyak
Lelaki bunuh dan kerat daging isteri, anak pelaku dedah punca kejadian