Remaja 19 tahun berjaya sampai ke Mekah setelah hampir 2 bulan naik motor Kriss 110

Remaja 19 tahun berjaya sampai ke Mekah setelah hampir 2 bulan naik motor Kriss 110

Remaja 19 tahun berjaya sampai ke Mekah setelah hampir 2 bulan naik motor Kriss 110. Selepas hampir dua bulan menunggang motosikal, impian seorang remaja lelaki berusia 19 tahun untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah akhirnya tercapai. Muhammad Aidil Nursulhi, seperti yang dikongsikan dalam satu gambar di akaun Facebook Aimpro Samudra, berjaya tiba dengan selamat di Tanah Suci menggunakan motosikal Modenas Kriss 110.

Menurut laporan Kosmo!, perjalanan tersebut mengambil masa dua bulan, dengan Aidil memulakan perjalanannya dari Melaka pada 21 Mac 2024.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Aidil bersemangat untuk meneruskan ekspedisinya ke Mekah.

Remaja 19 tahun berjaya sampai ke Mekah setelah hampir 2 bulan naik motor Kriss 110

“Alhamdulillah, walaupun ayah sendiri belum pernah sampai. Syukur, ini semua dengan izin Allah dan berkat doa semua,” kata ayahnya.

Diketahui, Aidil sebelum ini telah mengembara mengelilingi dunia bersama ayahnya, Aimpro Samudra, menggunakan kereta Perodua Kelisa dan pencapaiannya kini amat membanggakan ayahnya.

Pada masa kini, Aidil telah selamat menunaikan ibadah umrah bersama rakan-rakan motosikalnya.

Remaja 19 tahun berjaya sampai ke Mekah setelah hampir 2 bulan naik motor Kriss 110

Remaja 19 tahun berjaya sampai ke Mekah setelah hampir 2 bulan naik motor Kriss 110

Menerusi video TikTok ayahnya, terlihat Aidil dan kumpulan motosikal lain bergambar bersama di Tanah Suci.

“Inilah barisan pasukan motosikal Jelajah Silaturrahim Malaysia Ke Mekah 2024. Banyak yang bertanya-tanya, adakah mereka semua penunggang solo. Tidak, mereka satu pasukan seperti keluarga yang saling membantu.

“Anakku adalah peserta motosikal termuda, dengan pengalaman pemanduan motosikal jarak jauh yang paling sedikit. Inilah kisah perjalanan kami ‘Orang Kampung Nak Melihat Dunia’,” katanya.

@aimprosamudra31 Alhamdullillah ” Mencari Kemanisan Dalam Kepahitan ” #aimprosamudra #aimprosamudraresources #jelajahsilaturrahim2024 #jelajahsilaturrahim #anakabah #pulausebangkemekah #pulausebang #tampin #malaysia #melakakemekah #malaysiakemekah #manalagimelakaler #modenas #modenaskriss110 #manytripsvn #kopita #ghanimyagency #wearemalaysian #uae #dubai #ryadh #saudiarabia #traveller #kapcai #rider #orangkampungnaklihatdunia #posmalaysia ♬ Malaysia Satu – AMP

Baca Lagi:
Ini yang akan jadi jika ahli tidak memilih pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 KWSP
Lelaki bunuh dan kerat daging isteri, anak pelaku dedah punca kejadian
PRK KKB: Salah guna gambar Agong, Ramasamy dijel sebulan
CATEGORIES