Lelaki reka cerita pergi beraya rumah keluarga kekasih pengamal ajaran sesat. Menerusi pengakuan di laman X, lelaki itu menceritakan kisah dan pengalamannya yang ditulis sebagai sebahagian daripada keluarga kultus.
Lelaki itu berkenalan dengan teman wanitanya pada awal tahun 2024, dan mereka sering berkumpul untuk aktiviti seperti menonton filem, makan, dan sebagainya.
Pada sambutan Hari Raya yang lalu, teman wanitanya mengajaknya untuk merayakan di kampungnya. Kampungnya terletak di negeri yang sering mengalami kesesakan lalu lintas terburuk semasa musim perayaan.
“Apabila kami sampai ke kawasan tersebut, dia memberitahu bahawa keluarganya tinggal agak jauh. Pada masa itu, saya berasa agak gementar tetapi saya tahan saja kerana cinta,” tulisnya.
Apabila tiba di rumah itu, lelaki itu terkejut melihat rumah banglo yang besar, kereta dan motosikal yang mewah. Namun, ketakutan melanda apabila dia menyedari bahawa ramai orang berada di dalam rumah tetapi tiada bunyi.
“Bayangkan, ketika dia memperkenalkan saya kepada ibu bapanya, dia tidak mengatakan bahawa ini adalah umi dan abah dia, tetapi dia hanya memandang kepada mereka, kemudian memandang kepada saya. Ibunya dan bapanya mengangguk dan tersenyum. Dia mengajak saya untuk makan tetapi dia berbisik di telinga saya, memberitahu saya untuk makan,” tulisnya.
Dia semakin merasa gementar dan terus berlari.
Makanan yang disajikan hanyalah sate. Lelaki itu juga merasa tidak senang hati apabila orang ramai berbisik-bisik tetapi suara mereka tidak jelas.
Lelaki itu membuat keputusan untuk meninggalkan tempat tersebut dengan alasan ‘perlu mengambil sesuatu dari dalam kereta’. Tak lama kemudian, dia menerima panggilan masuk tetapi memilih untuk tidak menjawab sambil pulang.
“Walaupun sudah hampir sejam memandu, saya masih merasa sangat tidak senang hati sehingga muntah dalam kereta,” tulisnya.
Lelaki tersebut kemudiannya memblok akaun media sosial teman wanitanya dan terpaksa berpindah rumah.
Ternyata, terdapat plot twist, teman wanitanya sebenarnya bukanlah anggota keluarga yang mengamalkan ajaran sesat.
Perempuan Keluarga Cult pic.twitter.com/XN3iFQuUku
— Detik Seram ⏰ (@detikseram) May 12, 2024
Overthinking pulak lelaki tu, ingatkan cerita betul hmm.