Ramai yang pandang rendah kerja mesin rumput, rupanya boleh dapat RM6,000 sebulan

Photo of author

By Joe

Ramai yang pandang rendah kerja mesin rumput, rupanya boleh dapat RM6,000 sebulan. Mungkin kita boleh memberi motivasi kepada mereka yang masih mencari pekerjaan dan sering mengeluh tentang ketiadaan pekerjaan. Ini lebih bermanfaat daripada bercerita tentang skandal rumah tangga selebriti yang hangat diperkatakan sekarang.

Kami terbaca di media sosial mengenai gaji seorang pemotong rumput yang mungkin mencecah angka RM6,000. Ia mungkin kelihatan tidak masuk akal, tetapi semua bergantung kepada kerja keras dan rezeki. Modal utamanya ialah keringat.

Kiraannya mudah, bayaran untuk seorang pemotong rumput dianggarkan sekitar RM100 untuk satu kawasan standard. Katakanlah dalam sehari dia dapat memotong rumput di tiga buah rumah. RM100 dikali dengan tiga, jumlahnya adalah RM300.

Ramai yang pandang rendah kerja mesin rumput, rupanya boleh dapat RM6,000 sebulan

Kemudian dikali dengan anggaran 20 hari bekerja, jumlahnya menjadi RM6,000. Betulkah? Tidak mustahil gaji boleh mencapai empat angka.

Walau bagaimanapun, pasti ada yang berpendapat bahawa tidak mudah untuk mendapat tiga buah rumah dalam sehari secara konsisten. Mungkin pada satu hari, dia tidak menjumpai langsung rumah yang rumputnya perlu dipotong.

Ini tidak dapat dinafikan, tetapi bayangkan jika seorang pemotong rumput itu berjaya mendapatkan 60 buah rumah sebulan sebagai pelanggan tetapnya.

Apa yang ingin kami tekankan di sini ialah sikap sesetengah orang kita yang mungkin memandang rendah terhadap pekerjaan seperti itu. Sedangkan pekerjaan sebegini lebih banyak dicari oleh warga asing.

Tukang gunting rambut, tukang jahit, tukang paip, tukang bina rumah, dan banyak lagi, semuanya telah diambil alih oleh warga asing. Gaji mereka lebih besar berbanding dengan eksekutif di syarikat swasta.

Ironinya, anak-anak muda kita masih mengeluh tentang keinginan untuk mendapat gaji besar tetapi tidak mahu bekerja lebih keras.

Ada sesetengah pula masih mengharapkan kerja di pejabat yang berhawa dingin dan lengkap bertali leher.

Baca Lagi:
Van pelancong Thailand tidak lagi dibenarkan masuk Malaysia
Bekas wartawan Melodi meninggal dunia ketika tunggu jenazah mentua di masjid
“5 tahun dah aku tidur bawah guna toto, aku geli tidur atas tilam bekas suami tidur dengan perempuan lain”