“Terbongkar semua kisah didera isteri, dipaksa makan bangkai ikan busuk”- Lelaki terkejut jumpa duit & surat wasiat dari arwah sahabat

Photo of author

By Joe

“Terbongkar semua kisah didera isteri, dipaksa makan bangkai ikan busuk”- Lelaki terkejut jumpa duit & surat wasiat dari arwah sahabat. Gara-gara tidak tahan dengan sikap pasangan yang suka menekan dan memberi tekanan, seorang suami nekad menceraikan isterinya.

Hal itu diceritakan semula oleh rakan si suami yang dikenali sebagai Acak East yang menyaksikan penceraian itu berlaku di hadapannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Acak mendakwa kawannya diminta untuk bekerja lebih keras tanpa rehat kerana gaji yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan isteri dan dua orang anak mereka.

"Terbongkar semua kisah didera isteri, dipaksa makan bangkai ikan busuk"- Lelaki terkejut jumpa duit & surat wasiat dari arwah sahabat

“Setiap kali pulang dari kerja, isterinya menyediakan makanan, tetapi hanya nasi putih dengan ikan goreng, itulah hidangan yang disediakan setiap hari.
“Saya berasa sedih apabila dia bersembang dengan saya; dia menyatakan bahawa hidangan tersebut merupakan makanan paling sedap yang pernah dia makan, dan dia sudah lama tidak merasakan makanan sedemikian.”
“Sambil dia bercerita, air mata mengalir dan dia mengatakan dia merindui zaman bujang. Ketika muda, dia mengatakan bahawa isteri sangat mahu dia dan berjanji untuk hidup susah senang bersama,” ujar Acak.

Setelah perpisahan pasangan ini berlaku, suami memilih untuk tinggal bersama abangnya dan terpaksa berpisah dengan kedua anak mereka.

Menurut Acak, kawannya terpaksa menanggung semua komitmen bulanan termasuk bayaran ansuran kereta yang digunakan isterinya sebanyak RM800, walaupun hanya mendapat gaji RM1,800.

“Saya terkejut apabila dia memberitahu bahawa isterinya memarahinya kerana tidak membawa pulang wang. Kawan saya ini hanya bersabar.

“Dia terpaksa bekerja pelbagai pekerjaan separuh masa, tetapi masih tidak mencukupi dan akhirnya dia memutuskan untuk melepaskan isterinya. Baru dia memberitahu bahawa dia mempunyai penyakit,” tambah Acak.

“Dia tak dapat hidup lama dan beritahu nak mati dengan aman tanpa derita yang dialami selama lima tahun berkahwin,” ujarnya.

Imbas Acak, kawannya yang ketika itu bekerja sebagai rider penghantar makanan pernah mengajaknya berjumpa bagi meluahkan rasa rindunya terhadap anak-anaknya yang kini berjauhan terpisah.

Beberapa hari selepas pertemuan mereka, Acak menjumpai sepucuk surat bersama duit belanja untuk diberikan kepada anak-anak diselit dalam begnya.

Tambah Acak, semasa berkongsi tentang penderitaan kawannya, lelaki tersebut telah pergi selama-lamanya akibat penyakit yang dihidapinya.

Untuk menunaikan tanggungjawab memberikan wang yang ditinggalkan, Acak segera menghubungi bekas isteri kawannya.

Namun, Acak terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh wanita itu tentang arwah suaminya semasa mereka masih bersama sebagai pasangan suami isteri.

Acak juga memuat naik tangkapan skrin perbualannya dengan wanita itu melalui aplikasi WhatsApp.

“Setiap kali dia pulang, saya akan menyajikan ikan busuk untuk dia makan, dan saya akan menggoreng semula ikan itu agar dia sedar akan janji yang pernah dibuatnya dulu dengan saya.

"Terbongkar semua kisah didera isteri, dipaksa makan bangkai ikan busuk"- Lelaki terkejut jumpa duit & surat wasiat dari arwah sahabat

“Apabila dia tidur, saya akan paksa dia tidur di luar di balkoni. Saya kunci pintu dan dia tidak pernah menentang saya.

“Tetapi dia masih tidak sedar. Kadang-kadang dia mandi, saya sengaja letak sedikit air kumbahan dalam baldi… dia tidak pernah sedar dan tidak menentang saya.

“Saya melakukan perkara ini secara kerap sehingga dia sedar,” kata wanita itu dalam perbualan WhatsApp yang dikongsi oleh Acak.

Acak menegaskan bahawa perkongsian itu adalah untuk dijadikan sebagai kenangan dan bukti kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya yang kini sudah tiada lagi.

Baca Lagi:
Tak perlu beratur pergi kaunter KWSP, ini cara mudah & cepat keluarkan wang dari Akaun 3 KWSP
Van pelancong Thailand tidak lagi dibenarkan masuk Malaysia
Orang ramai serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup