Runtuh sekelip mata, detik-detik kapal kargo kibar bendera Singapura langgar jambatan Baltimore

Runtuh sekelip mata, detik-detik kapal kargo kibar bendera Singapura langgar jambatan Baltimore

Runtuh sekelip mata, detik-detik kapal kargo kibar bendera Singapura langgar jambatan Baltimore.
Jambatan Utama Francis Scott di bandar Baltimore runtuh selepas dilanggar oleh sebuah kapal kargo, mengumumkan Pihak Berkuasa Pengangkutan Maryland (MTA) hari ini.

“Jambatan Utama I-695 runtuh selepas dilanggar kapal,” kata MTA di platform X, merujuk kepada lebuh raya antar negeri yang terlibat dengan jambatan tersebut.

Oleh itu, MTA menyeru pemandu untuk mengelak laluan yang melibatkan jambatan itu yang merentasi Sungai Patapsco.

Runtuh sekelip mata, detik-detik kapal kargo kibar bendera Singapura langgar jambatan Baltimore

Seorang jurucakap Jabatan Polis Baltimore memberitahu saluran berita NBC News bahawa terdapat pengguna jalan raya yang terjatuh ke dalam sungai.

“Saya boleh mengesahkan bahawa pada pukul 1.35 pagi (waktu tempatan), polis Bandar Baltimore dimaklumkan tentang sebuah jambatan yang runtuh. Kejadian berlaku di Jambatan Utama Francis Scott,” kata Detektif Niki Fennoy.

Laman pemantauan kapal, MarineTraffic memaparkan sebuah kapal kontena yang membawa bendera Singapura bernama Dali berhenti di bawah jambatan tersebut awal tadi.

Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scoot berkata, beliau dimaklumkan tentang kemalangan itu dan usaha menyelamat sedang dilakukan.

“Tolong mendoakan mereka yang terjejas,” kata Olszewski di platform X.

@infotraffickl Kapal Singapura langgar jambatan di Baltimore @toby_jg02 #baltimore ♬ Cinematic Horror – Matthew Reid

Baca Lagi:
Jangan laminate geran tanah, pejabat tanah akan isytihar geran rosak
Umur baru 45 tapi dah ada RM1 juta dalam KWSP, lelaki ini kongsi tip jadi jutawan senyap-senyap
“Kaya tapi rumah macam ‘kedai tom yam’”, Aliff Syukri berang rumah kena kritik nampak murah, siap hantar surat saman
CATEGORIES