Tak puas hati aksi lucah, Jep kongsi cerita sebenar kenapa Shuib tidak lagi bersama Sepahtu Reunion Live

Tak puas hati aksi lucah, Jep kongsi cerita sebenar kenapa Shuib tidak lagi bersama Sepahtu Reunion Live

Tak puas hati aksi lucah, Jep kongsi cerita sebenar kenapa Shuib tidak lagi bersama Sepahtu Reunion Live. Assalamualaikum wbt. Harini dengan gerak dan izinNya, saya rasa dah tiba masanya untuk saya hentikan sinetron yang dimainkan ini.

Saya bukan orang yang kemaruk dengan publisiti untuk kena sentiasa ada tulisan pasal diri saya. Jadi tolong jangan libatkan saya dalam marketing murahan ini.

Jadi harini saya akan bagi tahu kenapa dia takde dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah. Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah.

Tak puas hati aksi lucah, Jep kongsi cerita sebenar kenapa Shuib tidak lagi bersama Sepahtu Reunion Live

Ceritanya bermula ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk dari penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa. Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maat secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu. Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur.

Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.

Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba. Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.

Peminat terus menerus bertanya tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya.

Saya perhati saja, fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia.

Sepahtu tidak pernah buang Dia. Malah disatu waktu kami yang tertunggu dia kembali. Disaat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu mangu.

Tak apalah, kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah indah saya simpan sendiri.

Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi. Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Dimana pun dengan siapapun. Semoga berjaya

Baca Lagi:
‘Bukan semua B40 dibantu dapat lesen percuma’- Anthony Loke
Dicerai talak 3 sebab tak dapat bagi mak mertua RM2k sebulan
Khabar angin Erra Fazira dah menikah dengan lelaki bertaraf jutawan

Sumber:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

CATEGORIES