“Dah lah hujung bulan”, wanita terkejut masak sardin tin jumpa cacing

“Dah lah hujung bulan”, wanita terkejut masak sardin tin jumpa cacing

“Dah lah hujung bulan”, wanita terkejut masak sardin tin jumpa cacing. Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa terkejut apabila sardin yang dibelinya penuh dengan cacing bersaiz kecil.

Menerusi video yang dikongsi Chef Tido, perkara itu disedari ketika dia mahu memasak sardin.

“Nak masak sardin, dahlah hujung bulan. Tak larat nak kutip dah, banyak lagi dalam kuali,” katanya.

"Dah lah hujung bulan", wanita terkejut masak sardin tin jumpa cacing

Menerusi ruangan kapsyen yang ditinggalkan, wanita tersebut kesal dengan tahap kebersihan yang diterapkan syarikat pengeluar sardin tersebut.

Sehubungan itu, dia menasihati supaya orang ramai memeriksa terlebih dahulu keadaan makanan dalam tin sebelum memasak.

“Kena tengok betul-betul baru perasan. Jangan main masak saja. Kesian dekat anak-anak kalau termakan binatang ni,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman sama dengan pengguna berkenaan.

“Saya pernah kena. Rasanya dah lima hingga enam tahun saya dah tak makan sardin,” kata Penyamun Kota.

Namun, terdapat juga segelintir orang ramai yang menganggap benda tersebut bukan cacing seperti yang didakwa.

“Kak, ada sesetengah ikan sardin yang digunakan ada urat tulang ni,” ujar Bongchan.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 1,000,000 tontonan dan 53,500 tanda suka.

VIDEO TIKTOK

Baca Lagi:
“Makcik kaya ada rumah besar, masa ayah sakit tenat makcik diam-diam bawa ayah ke pejabat tanah nak bolot harta tanpa pengetahuan mak”
Hari terakhir Maisarah bersama ibu buat ramai sebak selepas Mahkamah Tinggi putuskan ayah bukan Islam dapat hak jagaan
Sebelum beli rumah, tengok dulu bumbung pendek atau panjang, ini sebabnya yang ramai terlepas pandang
CATEGORIES