Rupanya ramai rakyat Malaysia buat duit senyap-senyap dengan TNB dengan hanya pasang solar di bumbung rumah

Photo of author

By Joe

Rupanya ramai rakyat Malaysia buat duit senyap-senyap dengan TNB dengan hanya pasang solar di bumbung rumah. Anda ada kawasan tambahan atau bumbung terbuka yang cantik dan luas tapi… tak pasti apa yang boleh dibuat dengannya?

Anda boleh membiarkannya begitu saja sampai bila-bila.

ATAU anda boleh menukarnya menjadi alat penjana kuasa yang hebat untuk menjimatkan elektrik di rumah anda! Itulah yang ditawarkan oleh rumah solar bagi penduduk-penduduk di Malaysia.

Rupanya ramai rakyat Malaysia buat duit senyap-senyap dengan TNB dengan hanya pasang solar di bumbung rumah

Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), di Semenanjung Malaysia saja terdapat lebih dari 4.12 juta bangunan dengan potensi solar bumbung.

Sekiranya setiap bumbung rumah dipasang solar bumbung, Malaysia dapat menjana lebih daripada jumlah penjanaan elektriknya setiap tahun. Hebat sangat kan?!

Jadi, jom kita terokai panel solar di Malaysia, harganya, panel solar apa yang terbaik, dan segalanya yang wajar anda ambil tahu.

Apa Itu Tenaga Solar?

Jom kita mulakan dengan bahagian paling penting sekali, iaitu matahari. Panel solar menghasilkan tenaga dengan menyerap cahaya dari matahari dalam sel fotovoltaik, yang kemudiannya mengubah tenaga tersebut menjadi elektrik.

Sebab tulah tenaga solar sering dirujuk sebagai ‘solar PV’. PV tu bermaksud fotovoltaik.

Panel solar pertama dicipta hampir dua abad yang lalu, dan solar PV dilihat semakin efisien dan mula menjadi tarikan komersial sejak beberapa dekad yang lalu.

Pada tahun 1950-an – 1960-an, panel solar mempunyai kecekapan serendah 10% saja, bermakna HANYA 10% tenaga yang diserap dari matahari diubah menjadi elektrik.

Kini, panel solar mampu menukar sekitar 20% tenaga. Kalau anda rasa jumlah tu macam tak banyak, kena ingat yang anda tak perlu membayar untuk cahaya matahari!

Tenaga solar yang dihasilkan di rumah dapat menjimatkan kos elektrik kerana anda menggunakan elektrik anda sendiri dan bukan membelinya dari grid.

Bukan itu saja tau. Anda juga boleh MENJUAL tenaga itu semula kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Ini boleh dilakukan melalui Skim Pemeteran Tenaga Bersih Malaysia. Inisiatif yang direka khas untuk memberi ganjaran kepada penjana tenaga suria domestik dan komersil, dengan menjual lebihan tenaga boleh diperbaharui kembali kepada grid elektrik.

Haa… itu barulah kaedah yang sangat ‘hijau’ untuk menjana duit! Terdapat kuota sebanyak 500MW untuk akaun Pemeteran Tenaga Bersih domestik, sehingga tahun 2020.

Perubahan Terkini Tenaga Solar Di Malaysia

Terdapat beberapa perubahan baru yang sangat bagus berhubung tenaga solar di Malaysia yang menjadikannya satu pilihan yang menarik. Itu pun jika anda pemilik salah satu daripada 3.2 juta kediaman di Malaysia yang mempunyai ruang untuk solar di atas bumbung.

1. Pemeteran Tenaga Bersih

Perubahan yang di buat di sini adalah peningkatan harga yang dibayar kepada penjana bagi tenaga yang mereka jual semula kepada grid.

Ia kini berasaskan “satu-ke-satu” (one-to-one), yang bermaksud setiap unit kuasa yang anda jual kepada grid elektrik dibayar pada harga yang dikenakan untuk satu unit kuasa dari grid.

Memang banyaklah duit sampingan anda, dan sambil tu dapat juga buat kediaman lebih hijau. Bukan penduduk di Semenanjung Malaysia saja yang boleh dapat manfaat ni sebab Pemeteran Bersih dah diperluaskan sampai ke Sabah pada tahun 2019.

2. Rakan-Ke-Rakan (P2P)

Jenis pasaran elektrik ni sebenarnya masih dalam tempoh percubaan di Malaysia pada tahun 2020.

Sekiranya anda menjana elektrik di rumah, anda mungkin dapat menjualnya terus kepada jiran anda pada masa hadapan melalui rangkaian TNB.

Maksudnya, anda dapat tinggal di kejiranan yang lebih hijau, dan pada masa yang sama menjana keuntungan dengan beberapa panel solar yang ada.

Berapa Kos Nak Pasang Sistem Panel Solar Di Malaysia?

Malangnya, tak ada jawapan yang jelas dan mudah untuk menjawab persoalan harga panel solar di Malaysia.

Ia bergantung pada ukuran pemasangan, kualiti panel solar yang digunakan, dan juga skim atau syarikat yang anda pilih.

Penganalisis mencadangkan yang pemasangan kediaman standard berbeza dari 4kW hingga 12kW, dengan kos antara RM16,000 hingga RM23,000 untuk sistem asas 3kW.

Mujurlah adanya perubahan terkini pada Pemeteran Bersih (Net Metering), jadi bolehlah membayar balik dalam masa 5 tahun dalam keadaan yang tertentu.

Terdapat juga pilihan untuk ‘menyewa’ panel solar dari penyedia yang berdaftar, yang mana anda boleh memasangnya dengan kos pendahuluan yang rendah. Lepas tu bayar saja kepada syarikat berkaitan dalam jangka waktu tertentu.

Berbaloi juga untuk anda menghubungi pihak bank untuk tawaran terbaik, seperti United Overseas Bank yang menjadi bank pertama menawarkan penyelesaian kewangan tenaga mampan.

Ada sesuatu yang digelar ‘Inisiatif U-Solar’ (U-Solar Initiative) yang menawarkan pinjaman tanpa faedah selama 36 bulan untuk pelanggan yang ingin memasang panel solar pada kediaman mereka.

U-Solar juga bekerjasama dengan beberapa pemasang dan pembekal dengan menawarkan sifar bayaran pendahuluan untuk penilaian, pemasangan dan penyelenggaraan.

Di Mana Nak Beli Panel Solar?

Anda tak perlu risau tentang sebilangan peniaga tenaga entah dari mana-mana yang cuba menjual panel solar kepada anda dari belakang lori mereka!

Ini kerana, Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) mempunyai senarai syarikat bertauliah dan berdaftar yang menjual peralatan solar untuk anda cari syarikat yang sesuai.

Sekiranya anda tercari-cari di mana untuk membeli tenaga solar di Malaysia, dan teknologi apa yang paling berpatutan, anda perlu tahu yang pasaran tenaga boleh diperbaharui dan panel solar berubah dengan sangat cepat.

Anda kena sentiasa peka dengan tawaran pembiayaan terkini dari bank atau kerajaan sebelum membuat sebarang komitmen.

SEDA adalah tempat yang bagus untuk anda mula mencari maklumat berkaitan kemampanan di Malaysia. Anda boleh memeriksa senarai syarikat bertauliah, dan pengumuman terbaru mengenai Pemeteran Bersih (Net Metering) dan tenaga solar untuk memahami apa yang tersedia.

Sekiranya anda memiliki hartanah teres, ada kemungkinan anda boleh melakukan pemasangan solar menggunakan inisiatif anda sendiri.

Sekiranya anda memiliki hartanah berstrata, anda perlu bekerjasama dengan Badan Pengurusan atau Perbadanan Pengurusan.

Kelebihan Dan Kekurangan Panel Solar

Tahukah anda bahawa penganalisis menganggarkan akan ada lebih dari 100 juta panel solar dipasang di atas bumbung kediaman seluruh dunia menjelang 2024!? Punyalah banyak tenaga mampan yang boleh dihasilkan di atas bumbung rumah!

Jadi, persoalannya sekarang, adakah panel solar rumah satu idea yang bagus di Malaysia? Jom kita lihat baik dan buruknya.

Apa Kelebihan Panel Solar Rumah?

1. Bil elektrik lebih rendah

Walaupun kos pemasangan awal tak murah, rumah berkuasa solar akan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang. Sebabnya, anda boleh menjimatkan sehingga 80% perbelanjaan elektrik bulanan anda!

2. Mengurangkan jejak karbon

Cahaya matahari sentiasa ada (kecuali kiamat la), tetapi minyak akan habis. Menggunakan tenaga solar di rumah bermaksud anda dapat mengurangkan pembebasan gas karbon. Selamatkan alam sekitar!

Rupanya ramai rakyat Malaysia buat duit senyap-senyap dengan TNB dengan hanya pasang solar di bumbung rumah

3. Potensi ROI dalam lima tahun

Walaupun harga panel dan kos pasang mahal, kos penyelenggaran rendah. Bukan hanya anda dapat untung balik dalam beberapa tahun, anda boleh jual lebihan kuasa menerusi sistem Net Metering. Panel solar juga akan meningkatkan nilai hartanah anda.

4. Guna insentif dan pembiayaan hijau

Banyak insentif dan pilihan pembiayaan bertujuan untuk mengurangkan beban bayaran pendahuluan pasang panel solar.

Misalnya, program U-Solar oleh UOB yang membantu anda bayar pakej solar untuk 12,18 atau 36 bulan dengan 0% kadar faedah menggunakan kad kredit UOB.

Walaupun insentif cukai solar masih kurang untuk hartanah kediaman, tapi untuk hartanah komersial ada banyak insentif menerusi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.

5. Boleh buat untung

Skim Net Metering (NEM) dan P2P disebut di atas adalah saluran jana keuntungan dengan menjual lebihan tenaga kepada TNB- jadi anda tak perlu pasang bateri simpanan yang mahal.

Kuota untuk NEM 3.0 adalah 100MW dan permohonan boleh dihantar kepada SEDA sehingga 31 Disember 2023.

6. Bantu Malaysia capai sasaran tenaga boleh diperbaharui

Penggunaan tenaga boleh diperbaharui kini semakin mendapat tempat di seluruh dunia, Malaysia pun meletakkan sasaran 31% penggunaan menjelang 2025. Memasang panel solar di rumah adalah bantuan anda kepada negara.

Apa Keburukan Panel Solar Rumah?

Rupanya ramai rakyat Malaysia buat duit senyap-senyap dengan TNB dengan hanya pasang solar di bumbung rumah

1. Prosesnya agak rumit

Lepas pasang panel solar, anda tak boleh hanya goyang kaki. Untuk dapat kelebihan sepenuhnya dan jana ROI yang banyak, anda perlu buat kajian sendiri.

2. Jangan lupa aspek penyelenggaraan

Walaupun sistem panel solar tak perlukan penyelenggaran banyak, anda masih perlu pastikan pihak yang memasang memberikan jaminan kepada sistem yang anda pasang.
Ada syarikat yang hanya beri jaminan jika sistem itu dipasang oleh kakitangan mereka sahaja.

3. Tiada jaminan tempoh pulangan pelaburan

Memang akan ada anggaran masa bila anda boleh untung, tapi untuk mencapai ROI yang baik banyak perkara perlu dipertimbangkan.

Ini termasuklah keadaan cuaca, penggunaan tenaga rumah anda dan kemungkinan wujud kerosakan dalam sistem panel solar anda.

4. Hanya untung bila jual lebihan elektrik

Ramai orang Malaysia ingat yang pasang panel solar akan beri pendapatan pasif.

Tapi perlu diingat yang skim NEM berdasarkan siapa hantar dulu sebab wujud kuota dan perlu dilihat sebagai kaedah untuk mengurangkan caj elektrik bukan untuk untung besar.

5. Bukan untuk semua benda

Waktu puncak tenaga solar diubah adalah ketika kebanyakan kita sedang bekerja di pejabat atau luar rumah. Maksudnya, tenaga konventional masih diperlukan kecuali anda ada bateri solar (yang kosnya boleh tahan tinggi).

Baca Lagi:
“Makcik kaya ada rumah besar, masa ayah sakit tenat makcik diam-diam bawa ayah ke pejabat tanah nak bolot harta tanpa pengetahuan mak”
Hari terakhir Maisarah bersama ibu buat ramai sebak selepas Mahkamah Tinggi putuskan ayah bukan Islam dapat hak jagaan
Ramai tak tahu maksud sebenar simbol pada remote aircond, sebenarnya ia simbol jimatkan elektrik