Warga emas maut di baham 40 ekor buaya selepas jatuh dalam kandang

Warga emas maut di baham 40 ekor buaya selepas jatuh dalam kandang

Warga emas maut di baham 40 ekor buaya selepas jatuh dalam kandang. Kira-kira 40 ekor buaya membaham seorang lelaki Kemboja selepas dia terjatuh ke dalam kandang ladang ternakan reptilia berkenaan milik keluarganya kelmarin, kata polis.

Luan Nam, 72, cuba mengalihkan seekor buaya keluar daripada tempat ia bertelur apabila binatang buas itu menyambar kayu yang digunakan untuk tujuan tersebut dan menarik mangsa ke dalam kandang.

Buaya-buaya lain lantas menyerang dan mengoyak-goyakkan tubuh mangsa, menyebabkan air kolam ladang ternakan di Siem Reap itu bertukar warna merah.

Warga emas maut di baham 40 ekor buaya selepas jatuh dalam kandang

“Ketika dia cuba mengusir seekor buaya di tempat bertelur, haiwan itu menggigit kayu yang digunakan dan menariknya ke dalam kandang,” kata ketua polis Siem Reap, Mey Savry.

Menurutnya, satu tangan mangsa putus dan ditelan oleh buaya-buaya peliharaannya.

Luan Nam merupakan presiden persatuan penternak buaya tempatan tetapi keluarganya kini boleh menjual semua haiwan peliharaannya selepas mendesak mangsa selama bertahun-tahun supaya tidak lagi menternak buaya.

Seorang budak perempuan dibunuh dan dibaham buaya pada 2019 apabila dia berkeliaran dan masuk ke dalam ladang buaya milik keluarganya di kampung sama, kata Mey Savry.

Terdapat sebilangan ladang buaya di sekitar Siem Reap yang menjadi pintu masuk ke candi Angkor Wat.

Binatang buas itu dipelihara bagi mendapatkan telur, kulit dan dagingnya.

Baca Lagi:
“Bapa mertua cakap saya menantu tak guna sebab tak pandai masak kari, depan keluarga belah saya diorang baik sangat sampai keluarga cakap saya beruntung dapat mertua yang baik”
“Makcik kaya ada rumah besar, masa ayah sakit tenat makcik diam-diam bawa ayah ke pejabat tanah nak bolot harta tanpa pengetahuan mak”
“Apa salahnya viral? Setahun sekali saja saya ‘belanja’ gelek dekat rakyat Malaysia” – Ifa Raziah
CATEGORIES