China dilanda fenomena aneh ‘hujan cacing’

China dilanda fenomena aneh ‘hujan cacing’

China dilanda fenomena aneh ‘hujan cacing’. Penduduk di wilayah Liaoning, China digesa mencari tempat perlindungan selepas kawasan itu dilanda fenomena ‘hujan cacing’, lapor akhbar New York Post semalam.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial memaparkan situasi selepas hujan cacing itu berlaku dengan haiwan itu berselerak di atas jalan dan turut memenuhi bumbung kereta.

Beberapa penduduk kelihatan melindungi diri mereka menggunakan payung ketika berjalan di kawasan tersebut.

China dilanda fenomena aneh 'hujan cacing'

Punca bencana itu belum diketahui, namun jurnal saintifik Mother Nature Network mencadangkan bahawa haiwan itu telah dihanyutkan oleh kejadian angin kencang.

Kertas penyelidikan itu juga mendakwa kejadian tersebut boleh berlaku selepas ribut apabila serangga terperangkap dalam pusaran angin.

Teori lain mencadangkan bahawa cacing-cacing itu sebenarnya pokok tulip dengan bunganya menyerupai haiwan tersebut.

Kejadian itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Ini bukan cacing atau haiwan tetapi tangkai bunga yang gugur dari pokok,” komen seorang netizen.
“Fenomena yang pelik,” komen netizen lain.

Baca Juga : 

Kisah China buat kerja ‘gila’ cipta kucing copy ori, ini hasilnya

“Ditindas seperti orang tiada maruah”, Ibu Shuib dedah perkara sebenar kenapa anaknya tak berminat sertai Sepahtu Reunion Live

Bantuan Sara Diri RM2,000 untuk semua rakyat Malaysia, semak kelayakan sekarang!

CATEGORIES