‘Tak pernah dibuat orang’, pelajar perempuan ‘backflip’ ketika terima ijazah atas pentas

‘Tak pernah dibuat orang’, pelajar perempuan ‘backflip’ ketika terima ijazah atas pentas

‘Tak pernah dibuat orang’, pelajar perempuan ‘backflip’ ketika terima ijazah atas pentas. Seorang pelajar dari China menjadi perhatian netizen selepas melakukan aksi ‘backflip’ sebelum menerima skrol ijazah semasa majlis graduasinya di Britain, lapor laman berita Wion News semalam.

Video memaparkan aksi pelajar wanita itu tular di platform media sosial selepas orang ramai tertarik dengan keterujaannya.

Menurut akhbar South China Morning Post (SCMP), pelajar bernama Chen Yining berusia 24 tahun yang melakukan aksi tersebut terkejut dengan maklum balas orang ramai di media sosial.

'Tak pernah dibuat orang', pelajar perempuan 'backflip' ketika terima ijazah atas pentas

Yining menerima ijazah pascasiswazah dalam bidang latihan dan persembahan tari pada majlis graduasi tersebut. Rakaman itu kemudian dimuat naik oleh akaun Twitter @tongbingxue.

“Pelajar China, Chen Yining di Britain meraikan majlis tamat pengajian dalam gaya kung fu, diingati oleh guru dan rakan graduan dan menjadi tular di media sosial China hari ini,” demikian menurut keterangan hantaran berkenaan.

Sejak dikongsikan di Twitter hampir seminggu lalu, video itu ditonton lebih 500,000 orang dan mendapat lebih 1,600 tanda suka.

“Luahan kebahagiaan sentiasa indah, lebih-lebih lagi apabila generasi baharu melakukannya dengan bergaya!” komen seorang netizen

Baca Juga : 

Wanita ini miliki hartanah yang banyak, sanggup bayar gaji bulanan kepada lelaki yang sudi jadi suami

Zizan selalu muat naik foto bersama Hawa, tak sangka ini penjelasan tuan badan

JPJ lelong 44 buah kenderaan lucut hak, ini senarai lokasi lelongan dibuat

CATEGORIES