Kisah China buat kerja ‘gila’ cipta kucing copy ori, ini hasilnya

Kisah China buat kerja ‘gila’ cipta kucing copy ori, ini hasilnya

Kisah China buat kerja ‘gila’ cipta kucing copy ori, ini hasilnya. China merupakan negara yang sangat dikenali sebagai pengeluar dan pembekal barangan copy ori. Sebab kalau boleh, semua benda dekat dunia ni dia nak copy. Bermula daripada iphone sehinggalah jersi kelab paling kelakar dekat EPL, habis dia copy. Tapi ada satu kerja gila yang china buat iaitu cuba hasilkan kucing copy ori.

Macam mana China boleh terfikir nak buat kucing copy ori?

Semuanya bermula setelah seorang penduduk China iaitu Huang Yu kematiannya kucingnya yang bernama Garlic. Apabila kucing mati, kita sendiri pasti akan rasa sedih kerana sudah menganggap dia seperti keluarga sendiri. Itulah apa yang terjadi kepada Huang Yu.

Kisah China buat kerja 'gila' cipta kucing copy ori, ini hasilnya

Bezanya adalah Huang Yu tidak dapat menerima kenyataan bahawa Garlic telah tiada di dunia ini. Apa yang Huang Yu buat adalah dia telah menyimpan bangkai Garlic di dalam peti ais bagi mengelakkan kerosakan. Katanya dia berhasrat mahu mencari saintis yang mampu menghidupkan garlic semula.

Nampak idea ni macam gila dan tak masuk akal? Tapi lepas cari punya cari, akhirnya Huang Yu bertemu dengan sebuah makmal di Beijing iaitu Sinogene yang sanggup menghidupkan Garlic kembali. Mana boleh buat macam ni sebab dah lawan hukum alam. Sebenarnya menghidupkan kembali haiwan mati bukan macam yang korang semua faham.

Sebab apa yang Sinogene buat adalah berbeza dan bukan menghidupkan haiwan secara literal. Bagi merealisasikan hasrat Huang Yu, saintis di Sinogene telah mengambil sel-sel kulit dari Garlic dan menanamkannya dalam telur yang diperolehi daripada kucing lain.

Maka terhasil lah 40 embrio copy ori dan kesemuanya disuntik ke dalam 4 kucing betina tumpang. Hasil akhir mendapati, kucing pertama tidak mengandung. Manakala kucing kedua dan kucing ketiga keguguran. Nasib baik kucing keempat berjaya dan dapat melahirkan Garlic copy ori.

Garlic copy ori pun diserahkan kepada Huang Yu. Dia berasa sangat gembira sebab Garlic copy ori kelihatan sama macam Garlic original. Biarpun begitu Huang Yu masih lagi tidak berpuas hati. Katanya dia tak dapat Garlic copy ori yang 100% sama dengan Garlic original. Kucing yang dia dapat ni kelihatan macam anak Garlic.

Masalahnya boleh ke kita nak buat haiwan copy ori?

Buat pengetahuan semua, aktiviti buat copy ori haiwan ni dibenarkan di China. Bukan setakat China je, Korea dan Amerika Syarikat turut membenarkannya. Tapi masih lagi diharamkan dibanyak negara sebab perkara seumpama ini dianggap sebagai taboo.

China bukanlah negara pertama yang buat haiwan copy ori. Sebab ada je beberapa negara yang dah lama buat aktiviti copy ori haiwan. Antaranya adalah Amerika Syarikat dan Korea. Dekat sana copy ori haiwan adalah permainan orang-orang kaya.

Deme tak dapat terima hakikat haiwan kesayangan dah mati, deme pun buatlah copy ori. Buktinya di Korea, Sooam Biotech Research Foundation yang bertapak di Seoul berjaya buat 800 ekor haiwan peliharaan copy ori dan setiap satu akan dikenakan bayaran sebanyak RM419,000.

Sekali pandang memang nampak kejam tapi tetap ada gunanya. Sebab kita boleh cuba buat copy ori haiwan yang hampir pupus. Jadi ini boleh jadi jalan pintas kepada pemuliharaan haiwan. China telah menjadi antara negara terawal yang cuba meneroka bidang ini dengan menghasilkan panda copy ori. Jika berjaya, semakin banyak haiwan yang dapat diselamatkan.

Apa-apapun pada satu sudut, buat haiwan copy ori ni tak bagus. Sebab tak kan lah setiap kali haiwan tu mati, kita akan copy ori. Lebih baik biarkan semua kenangan berlalu dan kita cari haiwan peliharaan baru.

Baca Lagi:
Umum keluar UMNO, rupanya belum jadi ahli UMNO
Mengajar tanpa tauliah, pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna dijel setahun denda RM3,000
Ini fungsi sebenar butang ‘soak’ di mesin basuh yang ramai belum tahu
CATEGORIES