Bukan kembar tapi 4 beradik ini lahir pada tarikh yang sama semua 6 September

Bukan kembar tapi 4 beradik ini lahir pada tarikh yang sama semua 6 September

Bukan kembar tapi 4 beradik ini lahir pada tarikh yang sama semua 6 September. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan untuk memiliki anak suatu hari nanti. Bagi kebanyakan pasangan, dengan kehadiran cahaya mata, mahligai yang dibina terasa lengkap dan sempurnalah keluarganya.

Anak-anak yang dilahirkan pula diharapkan dapat membesar dengan sihat walafiat tanpa sebarang penyakit.

Bagi mereka yang bertuah, anak kembar yang lahir pada tarikh yang sama sudah semestinya menjadi mimpi indah buat sesebuah keluarga.

Bukan kembar tapi 4 beradik ini lahir pada tarikh yang sama semua 6 September

Namun lain pula yang terjadi pada sebuah keluarga ini apabila mereka dikurniakan anak yang lahir pada tarikh yang sama tetapi bukan kembar.

Sebaliknya, pasangan ini memiliki empat orang anak yang lahir pada tarikh sama iaitu 6 September, cuma pada tahun yang berbeza.

Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka yang diterima oleh pasangan suami isteri, Salihin Ahmad Perbah, 49, dan Khairunnisa Abdul Karim, 39, dari Singapura ini.

Menurut Mediacorp, tiga anak pertama pasangan ini masing-masing dilahirkan dalam tempoh selang dua tahun antara satu sama lain. Manakala mereka baru sahaja menyambut cahaya mata baru-baru ini.

Empat beradik itu adalah Shahin Khalish, 12, (2011), Sairish Khaila, 10, (2013), Shaila Kheisha, 8, (2015) dan Shaira Khaira.

Memang tak sangka. Tarikh lahir asal dijangka 24 September. Bila isteri ada temu janji pemeriksaan pada minggu ke-36 atau ke-37 kehamilan. Dr Jazlan ada katakan ada kemungkinan besar isteri saya akan lahirkan sama tarikh dengan anak-anak kami yang lain.
“Rasa terperanjat dan kegembiraan kerana lepas lapan tahun, Alhamdulillah tarikh pun masih sama,” cerita Encik Salihin mengenai anak keempat mereka. Bayi comel itu dilahirkan dengan berat 2.91 kilogram.

Fenomena yang jarang berlaku

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Jazlan Joosoph yang menyambut kelahiran bayi itu, kejadian itu adalah fenomena yang amat jarang berlaku.

“Anda mungkin pernah dengar tentang dua atau tiga bayi dalam satu keluarga yang dilahirkan pada tarikh sama. Namun untuk empat atau lebih anak dengan tarikh sama adalah sangat sangat jarang berlaku.

“Terutama sekali jika bayi itu dilahirkan secara normal. Jika secara pembedahan, tarikhnya boleh dirancang tetapi melahirkan secara normal bukan mudah untuk rancang,” kongsi Dr Jazlan kepada Mediacorp.

Tambah beliau lagi, kelahiran anak keempat pasangan itu pada tarikh yang sama merupakan pengalaman pertamanya sepanjang 22 tahun sebagai pakar sakit puan.

“Sesetengah pakar sakit puan tidak akan pernah meraih pengalaman amat jarang berlaku ini sepanjang kerjaya mereka,” kata Dr Jazlan, yang turut memuat naik berita gembira pasangan tersebut ke akaun media sosial beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J J (@drjj55)

Sementara itu, apabila ditanya berkenaan jangkaan beliau untuk tarikh kelahiran bayi keempat pasangan itu, beliau tidak menjangkakan perkara itu boleh berlaku.

“Tidak sama sekali. Selepas anak kedua, saya fikir apakah kemungkinan anak ketiga mereka dilahirkan pada tarikh sama. Akhirnya perkara luar biasa ini berlaku.

“Selepas anak ketiga, pasangan itu ingatkan mereka tidak akan ada anak lagi. Kemudian mereka hamil anak keempat dan sekali lagi perkara menakjubkan ini berlaku. Bayi keempat juga berkongsi tarikh lahir dengan abang dan kakaknya,” cerita Dr Jazlan.

Baca Lagi:
Suami aku terlalu “anak emak”, apa-apa barang nak beli untuk rumah kena bagitahu mak dulu, aku mengidam air soya RM2 pun mak mentua larang suami belikan katanya membazir
“Isteri curang sebab suami”, wanita buat pengakuan tak puas buat hubungan intim dengan suami, terpaksa cari lelaki lain untuk puaskan nafsu
Restoran nasi ayam claypot viral tiba-tiba tutup selepas netizen dedah guna ‘rice wine’ dalam resipi
CATEGORIES