Restoran nasi ayam claypot viral tiba-tiba tutup selepas netizen dedah guna ‘rice wine’ dalam resipi

Photo of author

By Joe

Restoran nasi ayam claypot viral tiba-tiba tutup selepas netizen dedah guna ‘rice wine’ dalam resipi. Sebelum ini kisah mengenai restoran yang menyediakan nasi ayam periuk tanah ‘laku keras’ setelah ia menjadi tular di media sosial TikTok.

Restoran tersebut difahamkan sudah beroperasi sejak 20 tahun yang lalu dan mempertaruhkan nasi ayam di dalam ‘claypot’ sebagai menu kegemaran pelanggan sejak zaman berzaman.

Namun, muncul dakwaan daripada beberapa individu yang mengatakan bahawa resipi tersebut menggunakan ‘rice wine’ selain minyak bijan dalam makanan tersebut.

Restoran nasi ayam claypot viral tiba-tiba tutup selepas netizen dedah guna 'rice wine' dalam resipi

Pendedahan tersebut ternyata telah membuatkan netizen terutamanya yang beragama Islam terkejut dan tidak menyangka restoran berkenaan menggunakan bahan tidak halal memandangkan pengusahanya adalah seorang muslim.

Kata seorang netizen ini, dia yang merupakan seorang cina muslim mengesahkan bahan tambahan daripada jenama Hua Tiao Chew Rice Wine itu mengandungi 16% alkohol di dalamnya.

Restoran nasi ayam claypot viral tiba-tiba tutup selepas netizen dedah guna 'rice wine' dalam resipi

Malah, ada pelanggan bukan muslim restoran tersebut turut mengesahkan perkara yang sama.

Menjengah ke ruangan media sosial restoran itu di Instagram, difahamkan mereka telah menutup sementara waktu bagi tujuan kerja-kerja penambahbaikan.

@balaapapapa♬ original sound – balaapapapa

Restoran nasi ayam claypot viral tiba-tiba tutup selepas netizen dedah guna 'rice wine' dalam resipi

Susulan daripada penutupan restoran itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan mereka yang seolah-olah ingin ‘menutup mulut’ gara-gara kantoi menggunakan ‘rice wine’.

Baca Lagi:
Tuduhan cabul jurujual wanita, bekas Adun Faiz Fadzil dilepas tanpa dibebaskan mahkamah
Wanita dedah anak pelakon popular jadi punca utama dia dicerai suami, ini penjelasan Abby Abadi
“Bawa mak ayah datang tengok rumah baru aku, tiba-tiba disuruh aku bagi rumah ini pada abang dan kakak ipar duduk, aku jadi terkejut”