Wanita ini tanya 8 soalan kepada ayah, sekali jawapan ayah buat ramai sebak

Wanita ini tanya 8 soalan kepada ayah, sekali jawapan ayah buat ramai sebak

Wanita ini tanya 8 soalan kepada ayah, sekali jawapan ayah buat ramai sebak. Lelaki yang bernama ‘Ayah’ merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupan kita, sama ada ketika di dunia mahupun di akhirat.

Bagaimanapun, seorang ayah selalu digambarkan dengan karakter yang tegas, lebih banyak berdiam, jarang memujuk dan tidak pandai menunjukkan kasih-sayang kepada anak-anak.

Apabila bertembung dengan situasi itu, tidak dinafikan ada anak-anak yang terasa hati. Pelbagai persoalan juga timbul di minda, merasakan seolah-olah tidak mendapatkan kasih sayang yang cukup daripada seorang ayah.

Wanita ini tanya 8 soalan kepada ayah, sekali jawapan ayah buat ramai sebak

Namun begitu, itu tidak bermakna mereka tidak peduli, jauh sekali tidak mempunyai perasaan sayang terhadap kita.

Sebagai ketua keluarga, terlalu banyak pengorbanan yang seorang ayah lakukan, termasuklah perasan sendiri. Lebih parah, semua itu mungkin tidak disedari oleh kita, anak-anaknya.

8 soalan daripada anak untuk abah dan ini jawapannya

Seorang wanita, @ellwasiilah di TikTok baru-baru ini berkongsi beberapa persoalan yang selalu terbuku di hatinya sebagai seorang anak.

Soalan-soalan berkenaan merupakan soalan yang relevan apabila berbicara tentang hubungan antara seorang anak bersama ayahnya.

Menurut @ellwasiilah lagi, lapan soalan tersebut diajukan kepada ayahnya dan jawapan yang diterima amat menyentuh hati.

Namun sebelum itu, @ellwasiilah mengingatkan kandungan perbualan tersebut mungkin sedikit sensitif dan meminta pembaca tidak menghakimi mereka.

“Sebarang tanda kelemahan atau emosi yang ditunjukkan oleh Abah saya adalah bukti kekuatannya, bukan kelemahan”
Soalan pertama yang ditanya adalah “Kenapa abah selalu tak balas kalau kakak cakap kakak sayang abah?”

Dalam jawapannya, si ayah membalas “Sebenarnya, abah sayang sangat dengan kau. Mungkin silap abah tak terucap. Ada masa kau balik kau tanya lagi soalan ni. Kau tengok jawapan abah.”

Beralih kepada soalan kedua, @ellwasiilah bertanya “Kenapa kakak selalu rasa abah lagi senang tunjuk kasih sayang dekat anak orang lain, tetapi dekat kakak tak?”.

Mendengar persoalan tersebut, si ayah kemudian pantas memohon maaf sekiranya situasi berkenaan pernah berlaku.

“Yeke, mungkin abah tak perasan. Silap abah, abah minta maaf ya,” kata ayahnya.

“Ingat abah dalam setiap doa dan perbuatan kau…”
Si anak kemudian bertanya soalan yang lebih mendalam yang pasti kita sebagai anak, turut pernah terfikirkan benda yang sama sebelum ini.

“Abah pernah rasa susah ke abah, bila akak lahir?” tanya si anak.

“Kau lahir masa abah dan mak belum rasa senang tapi kami tak pernah rasa kau susahkan kami,” jawab si bapa pula.

Di samping itu, setiap orang tua tentu ada penyesalan tersendiri ketika mereka membesarkan anak-anak. Selalunya, penyesalan tersebut hadir apabila mereka tidak dapat memberikan yang terbaik kepada cahaya mata sendiri.

Perkara tersebut turut diakui oleh ayah @ellwasiilah.

“Bila abah tak dapat berikan kesenangan secukupnya kau”, kata si ayah menjawab ketika ditanya penyesalan terbesarnya.

Lanjutan kepada persoalan tersebut, @ellwasiilah kemudian bertanya lagi, “Apa perkara yang paling abah banggakan tentang kakak?”

“Bangga sebab kau jadi anak abah,” kata si ayah dengan jawapan yang sungguh menyenangkan.

Kemudian, @ellwasiilah bertanya sekiranya ayah ada sesuatu yang ingin diberitahu kepadanya, namun dipendamkan selama ini.

“Abah ada ke benda penting yang abah nak sangat bagitahu kakak, tapi sampai sekarang tak cakap lagi?” tanya wanita itu.

“Pada abah, kau dah seperti apa yang abah harapkan,” balas ayahnya.

Andai kita dapat putarkan waktu, mesti kita ingin kembali ke masa yang paling bahagia kan? Itulah soalan seterusnya yang diajukan oleh @ellwasiilah.

Menurut si ayah, sekiranya boleh diputarkan waktu, dia ingin kembali sewaktu mereka hidup susah kerana masa itulah mereka cukup bahagia.

Tiba di persoalan terakhir, wanita tersebut ingin tahu bagaimana ayahnya mahu diingati sekiranya dia tiada lagi di dunia ini.

“Ingatlah abah dalam setiap doa dan perbuatan kau. Abah tak kaya seperti orang lain, harta pun tak banyak mana.

“Namun, cukuplah jika abah tiada nanti. Abah tahu abah meninggalkan anak yang soleh dan solehah,” akhiri bapanya dengan penuh sayu.

Di penghujung video, @ellwasiilah berkongsi satu kemas kini status yang dimuat naik oleh ayahnya di Whatsapp. Status berkenaan dipercayai ada kena mengena dengan persoalan-persoalan yang diajukan oleh wanita tersebut.

“Anakanda, kau hadir disaat aku baru belajar erti hidup. Kita serba kekurangan ketika itu, tetapi kita bahagia. Itulah sebabnya kasih sayangku kepadamu tidak seperti kasih sayangku kepada adik-adikmu.

“Dalam diam, aku mendoakanmu,” kata ayahnya.

@ellwasiilah Ayah, Waktu kecilku aku menganggap kamu tidak menyayangiku bicara antara kita begitu sedikit hingga aku merasakan sayangmu juga sedikit. Ayah, Bila aku semakin dewasa sikapmu itu ku anggap biasa tapi aku semakin mengerti kebanyakkan ayah-ayah memang begini. Sayangnya seorang ayah disebalik diamnya bicara. Sayangnya seorang ayah disebalik pendamnya rasa. Sayangnya seorang ayah hingga menghadirkan kecewa. Ayah, aku minta maaf, ya. pernah menganggap kamu bukanlah ayah terbaikku. Ternyata aku silap Kedewasaan memahamkan aku bahwa sayangnya seorang ayah memang begitu. Aku sayang Ayah.. Puisi favourite from @faiz mahat. #iwokeuptothis #2pagi2rakaat2titisairmata #abah #firstborn #firstborndaughter ♬ original sound – ELL WASIILAH 🙆🏻‍♂️

Baca Lagi:
Khairul Aming tutup 2 kilang, bawa 100 staf shopping raya, netizen perasan sampul raya setiap seorang berisi ‘tebal-tebal’
Senyuman terakhir budak 10 tahun sebelum meninggal makan kek beracun
“Terpaling lowered”- Kereta Myvi lowered ‘berapi’ raih perhatian ramai
CATEGORIES