Bas kemalangan rempuh sarang tebuan, 6 penumpang maut disengat tebuan

Bas kemalangan rempuh sarang tebuan, 6 penumpang maut disengat tebuan

Bas kemalangan rempuh sarang tebuan, 6 penumpang maut disengat tebuan. Enam orang termasuk seorang wanita bersama anaknya berusia lapan tahun dilaporkan meninggal dunia akibat disengat tebuan selepas terlibat dalam nahas jalan raya.

Lapor Daily Mail, mangsa itu merupakan antara 60 penumpang menaiki bas yang terbabas dari jalan raya di Nicaragua lalu merempuh sebuah kawasan penyimpanan sarang lebah madu Afrika.

Seramai 45 penumpang disengat serangga berbisa itu ketika mereka cuba melarikan diri dari bas berkenaan.

Bas kemalangan rempuh sarang tebuan, 6 penumpang maut disengat tebuan

Dilaporkan, bas itu rosak teruk selepas terjunam dari ketinggian 48.76 meter ke dalam ladang kopi yang menempatkan sarang lebah madu diperbuat daripada kayu.

Memetik laporan media tempatan, pegawai perubatan memaklumkan kematian mangsa berpunca daripada sengatan tebuan.

Laporan awal menyatakan empat orang maut berikutan nahas jalan raya berlaku pada Isnin lalu di Nicaragua.

“Tidak lama kemudian, dua lagi mangsa yang cedera parah meninggal dunia di hospital,” jelas laporan La Nueva Radio Ya.

Nahas itu berlaku di majlis perbandaran San Sebastian de Yali, kira-kira 185.07 kilometer (km) di utara ibu negara Nicaragua, Managua.

Mangsa termasuk seorang wanita berusia 47 tahun bernama Eneyda Torrez Zelaya dan anak perempuannya, Andrea Carolina Garcia Torrez.

Seorang lagi mangsa meninggal dunia merupakan wanita berusia 84 tahun dikenali sebagai Reyna Isabel Olivas Montalvan.

Beberapa gambar tular menunjukkan keadaan mangsa yang cedera dengan berpuluh-puluh bintik merah di seluruh badan mereka.

Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas itu.

Laporan awal menyatakan pemandu berusia 22 tahun itu hilang kawalan kerana kenderaan itu mengalami masalah mekanikal.

Baca Lagi:
Kipas rumah berbunyi?, lelaki ini kongsi cara mudah hilangkan masalah kipas berbunyi
Senarai 5 Raja paling kaya di dunia, Malaysia pun tersenarai?
Selepas Coldplay umum konsert di Malaysia, ini 5 perkara yang terjadi
CATEGORIES