Duit syiling 20 sen tahun 1988 bernilai RM38,000?

Duit syiling 20 sen tahun 1988 bernilai RM38,000?

Duit syiling 20 sen tahun 1988 bernilai RM38,000? Saya tak hairan kalau di Facebook Malaysia Coin ada yang komen dia ada syiling ni, siap letak nombor telefon lagi. Jadi jangan hairan juga jika saya cakap newbies celaka; http://bit.ly/1K9ngjB

Jikalau iklan di atas betul, anda kiralah berapa keping syiling 20 sen 1988 yang ada didalam gambar dan sila darab dengan harga RM38,000 tadi, lumayan bukan?

Rasanya, hampir setiap isirumah di Malaysia yang masih menyimpan syiling Parlimen ada sekurang-kurangnya sekeping syiling ini.

Duit syiling 20 sen tahun 1988 bernilai RM38,000?

Collector yang baru mula mengumpul duit syiling Malaysia seperti saya sendiri pun ada lebih daripada 100 keping.

Kenapa, ada banyak macam tu?

Sebab ada lebih daripada 67juta keping duit syiling 20 sen 1988 Parlimen yang ditempa oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia; Malaysia Parliament coins mintage.

Inilah akibatnya apabila percaya 100% dengan apa yang dibaca di Facebook sehingga logik akal pun tak boleh terfikir.

Kalau dah syiling tu banyak ditempa, semua orang ada, senang nak dapat, buat apa nak beli mahal-mahal?

Ingat collector duit lama semua ni kerja cop duit ke? Bodoh bangang.., korang offer jer apa coin pun kami nak beli duit syiling anda semua?

Membaca malas, angan-angan besar nak cepat kaya jual duit syiling harga puluh-puluh ribu. Lepas tu frust tertonggeng sebab penat dah offer, tanya orang, pergi kedai semua taknak beli sebab syiling takde harga mereka kata. Tapi tekadkan hati sebab mereka semua ni nak tipu jer nak beli syiling murah-murah. Kat mudah.my boleh jer nampak orang jual syiling yang anda ada berpuluh-puluh ribu. Kat blog, Facebook ada sahaja yang offer nak beli syiling anda berpuluh-puluh ribu.

Facebook page yang kerjanya cuma copypaste artikel orang lain dan kononnya nak offer beli duit lama anda berharga mahal pun nak percaya, sampai sanggup tunggu reply dari admin Facebook page tersebut. Dengan harapan dapatlah jual duit syiling pada harga RM38,000 sekeping. Kaya admin page tu boleh beli harga tu, tapi peliknya dah berbulan offer, alasan dia banyak sangat orang komen inbox. Tak pernah komen pun beritahu dia dah beli syiling sekian-sekian dengan gambar penjual syiling yang bertuah?

Lainlah jika anda mempunyai syiling 20 sen 1988 Bunga Raya seperti apa yang ada di Sasana Kijang (Syiling 1988 Bunga Raya di Sasana Kijang). Nak melihat koleksi seperti itu dijual dipasaran terbuka pun hanya sekali sekala sahaja, itupun diluar negara. Jika ada pun dijual didalam Malaysia, ianya dijual secara tersembunyi, tak pasal-pasal nanti Bank Negara rampas syiling tersebut dan soal siasat dari mana anda dapat syiling itu.

Baca Lagi:
Selepas Coldplay umum konsert di Malaysia, ini 5 perkara yang terjadi
Kecantikan isteri Raja Thailand ‘Ratu Suthida’ jadi perhatian ramai, siapa dia sebenarnya?
Isteri tipu suami kononnya pergi gim, sekali kantoi pergi ‘check in’ hotel dengan polis
CATEGORIES