Kipas rumah berbunyi?, lelaki ini kongsi cara mudah hilangkan masalah kipas berbunyi

Kipas rumah berbunyi?, lelaki ini kongsi cara mudah hilangkan masalah kipas berbunyi

Kipas rumah berbunyi?, lelaki ini kongsi cara mudah hilangkan masalah kipas berbunyi. Dalam keadaan cuaca panas ini, penggunaan kipas sangat diperlukan untuk menyejukkan suhu rumah. Tidak kiralah kipas siling mahupun kipas berdiri sekalipun.

Penggunaan kipas yang kerap mungkin akan menyebabkan ia mudah rosak dan mempunyai masalah.

Antara masalah yang kerap terjadi adalah kipas akan mula mengeluarkan bunyi yang bising semasa ia sedang dibuka.

Kipas rumah berbunyi?, lelaki ini kongsi cara mudah hilangkan masalah kipas berbunyi

Namun tahukah anda, bunyi bising tersebut boleh diatasi dengan mudah hanya menggunakan satu benda sahaja.

Mari kita ikuti perkongsian daripada pengguna TikTok @sayazuhri berkenaan bagaimana cara mahu menghilangkan bunyi bising tersebut.

Menurut lelaki itu, bahan utama dalam menyelesaikan masalah kipas berbunyi adalah minyak ‘grease’. Tidak kisah jika anda mahu gunakan jenama apa sekalipun asalkan ia adalah grease.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membuka penutup rumah kipas dan bersihkan serta tanggalkan bilah kipas.

Anda juga perlu buka ‘cover’ di bahagian bawah kipas berkenaan untuk memudahkan lagi kerja baik pulih.

Selesai buka kesemua bahagian, anda boleh mulakan dengan menyapu grease pada bahagian rumah bearing kipas berkenaan. Sapukan grease pada kedua-dua bahagian iaitu bahagian atas dan bawah.

Langkah seterusnya memerlukan anda untuk lebih berhati-hati

Menurut lelaki itu, untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, dia menyapu grease pada bahagian bearing menggunakan jari dalam keadaan kipas dibuka dan berpusing.

Jika anda tidak berani, lelaki tersebut turut menasihatkan agar hanya menyapu pada bahagian bearing dalam keadaan kipas tidak perlu di ‘on’ kan.

Anda hanya perlu sapu grease sampai penuh di bahagian bearing tadi kemudian on kan macam biasa kipas tadi. Nanti grease tadi akan masuk sikit demi sedikit ke dalam bearing tersebut.

Kaedah ini akan mengambil masa lebih sedikit dibandingkan dengan kaedah menyapu bearing sambil kipas di ‘on’ kan tadi.

Selesai sahaja sapu grease tadi, pasangkan semula bahagian yang dicabutkan tadi dan cuba on kipas untuk lihat hasilnya.

Pastikan anda mengutamakan keselamatan dalam melakukan proses ini untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Diharap dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah kipas siling bising di rumah anda.

@sayazuhri Kipas lipas ada masalah bunyi? Jom ikut aku cara untuk selesai masalah bunyi. #ticerzuhri #learnonzuhri #Repairpeti #selayang #kualalumpur #Servismesinbasuh #baikipeti #beko #aircondmurahkl ♬ original sound – Zuhri Mohd

Baca Lagi:
Selepas Coldplay umum konsert di Malaysia, ini 5 perkara yang terjadi
Kecantikan isteri Raja Thailand ‘Ratu Suthida’ jadi perhatian ramai, siapa dia sebenarnya?
Kisah disebalik kenapa PM Anwar ucap ‘selamat datang’ kepada Coldplay yang ramai tak tahu
CATEGORIES