Apa nasib Zuraida selepas ditolak sertai Bersatu

Photo of author

By Joe

Apa nasib Zuraida selepas ditolak sertai Bersatu. Permohonan mantan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk kembali ‘ke pangkuan’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas meninggalkan parti itu tahun lalu, ditolak.

Mengulas mengenai penolakan itu, Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, permohonan terbabit ditolak kerana mantan Ahli Parlimen Ampang berkenaan tidak mahu meletak jawatan sebagai menteri selepas keluar daripada BERSATU, walaupun pelantikan dilakukan dengan kuota parti itu.

“Keputusan menolak permohonan beliau adalah sebulat suara,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Apa nasib Zuraida selepas ditolak sertai Bersatu

Pada 26 Mei 2022, Zuraida mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar daripada BERSATU untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Sebelumnya, beliau menyertai BERSATU selepas dipecat daripada PKR, susulan didakwa terbabit dalam Langkah Sheraton pada 2020.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Zuraida yang bertanding di Parlimen Ampang atas tiket PBM bukan sahaja tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Rodziah Ismail di kerusi yang dipertahankannya selama tiga penggal, malah hilang wang deposit.

Zuraida hanya memperoleh 4,589 undi dalam pertandingan sembilan penjuru di Parlimen itu, manakala Rodziah mendapat 29,681 undi.

Beliau kemudian dipecat dari PBM pada Disember tahun lalu bersama 10 individu lain selepas gagal menjawab surat tunjuk sebab diberikan parti itu.

Manakala, bulan lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, beliau tidak berhasrat bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), sebaliknya akan menyokong calon gabungan itu.

Ketika ini, Zuraida adalah ahli badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) diterajui Tan Sri Annuar Musa yang juga Presidennya.

Baca Lagi:
Peminat minta Mus May jujur mana yang lagi padu antara Awie Wings, Amy Search & Nash Lefhanded?, ini jawapannya..
Satu kampung batal puasa, pengurusan masjid mohon maaf laung azan maghrib awal 2 minit
Tak tahu nak marah ke nak gelak, pembantu rumah Sharifah Zarina larikan diri panjat pagar, -“ambil pukul 10 malam, pukul 4 pagi dah lari”