Peminat minta Mus May jujur mana yang lagi padu antara Awie Wings, Amy Search & Nash Lefhanded?, ini jawapannya..

Peminat minta Mus May jujur mana yang lagi padu antara Awie Wings, Amy Search & Nash Lefhanded?, ini jawapannya..

Peminat minta Mus May jujur mana yang lagi padu antara Awie Wings, Amy Search & Nash Lefhanded?, ini jawapannya… Mustaffa Din atau lebih dikenali sebagai Mus May merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia yang hebat. Beliau juga terkenal sebagai vokalis rock kumpulan May dan Wings.

Pada tahun 2020, beliau dinobatkan sebagai Naib juara dalam satu program realiti nyanyian iaitu Gegar Vaganza musim ke tujuh.

Mus pernah keluar dari kumpulan May dan seterusnya menyertai kumpulan Strangers. Namun kumpulan tersebut tidak mendapat sambutan dan Mus dijemput menyertai kumpulan Wings apabila ketika itu Awie keluar dari kumpulan tersebut dan bergerak solo. Kemudian apabila awie kembali menyertai Wings semula maka Mus kembali menyertai May. Begitu lah sejarah kenapa Mus menyertai tiga kumpulan tersebut.

Peminat minta Mus May jujur mana yang lagi padu antara Awie Wings, Amy Search & Nash Lefhanded?, ini jawapannya..

Peminat Minta Mus May Jujur Mana Yang Lagi Hebat.

Terdahulu, di dalam satu video yang dikongsikan di youtube (tonton di sini), memaparkan Mus menjawab pertanyaan dari peminatnya.

“Jujur la bro, antara Awie, Amy, mana satu suara yang paling padu? bro memang kita tahu padu dari dulu hingga sekarang”-tanya mereka

Pertanyaan tersebut dijawab oleh Mus mengenai siapa diantara mereka yang mempunyai suara padu. Menurut Mus, kedua-dua mempunyai suara tersendiri. Semasa beliau memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, Amy Search merupakan orang yang terdahulu menyanyi darinya kemudian barulah Mus dan Awie.

Mus juga sering melihat konsert-konsert mereka dan dia kagum kerana masing-masing mempunyai trademark tersendiri. Tambahnya lagi Awie merupakan idolanya kerana suara Awie yang besar dan lebar itu.

“Jadi kalau nak saya cerita siapa yang best, Amy dan Awie masing-masing mempunyai kelas tersendiri yang tidak dapat disamakan. kesemua penyanyi rock ketika itu perlulah mempunyai high pitch yang tersendiri termasuklah Nash dari kumpulan lefthanded. Walaupun masing-masing jerit tinggi haruslah mempunyai trademark sendiri.”-jawab Mus

Tambah Mus lagi, pada zamannya itu, jika tidak boleh menyanyi tidak akan ada peluang untuk menjadi penyanyi, sangat berbeza dengan zaman sekarang.

Apa kata anda, siapakah yang lagi padu suaranya?

Baca Lagi:
Setiap hari pergi kerja naik Bentley Mulsanne, rupanya wanita ini kerja tukang cuci pinggan
Tak sangka rupanya Permaisuri Agong punyai darah keturunan Cina
“Inilah contoh ibu mertua dari Syurga”
CATEGORIES