Tak tahu nak marah ke nak gelak, pembantu rumah Sharifah Zarina larikan diri panjat pagar, -“ambil pukul 10 malam, pukul 4 pagi dah lari”

Tak tahu nak marah ke nak gelak, pembantu rumah Sharifah Zarina larikan diri panjat pagar, -“ambil pukul 10 malam, pukul 4 pagi dah lari”

Tak tahu nak marah ke nak gelak, pembantu rumah Sharifah Zarina larikan diri panjat pagar, -“ambil pukul 10 malam, pukul 4 pagi dah lari”. Baru-baru ini, penyanyi, Sharifah Zarina, telah berkongsi sebuah hantaran melalui akaun Instagramnya, yang menceritakan tentang pembantu rumah barunya yang melarikan diri tak sampai 24 jam selepas tiba di rumahnya.

Sharifah memberitahu, dia baru sahaja mengambil individu tersebut pada pukul 10 malam dan dia telah dilaporkan melari dari rumah pada jam 4 pagi.

“Ambik 10 malam tadi.. pukul 4 pagi udah kabur deh.. Mau kemana kamu?”
“Ada yang nungguin ya. Tak apalah bukan rezeki saya,” tulisnya.

Tak tahu nak marah ke nak gelak, pembantu rumah Sharifah Zarina larikan diri panjat pagar, -"ambil pukul 10 malam, pukul 4 pagi dah lari"

Selain itu, dia berasa nasib baik kerana dia belum membuat sebarang pembayaran kepada agensi di mana dia mengambil pembantu rumah tersebut.

“Nak transfer duit kat agent pun tak sempat lagi dah bye-bye (lari) gitu ya. Nasib baik… kalau takkkk..” katanya.

Dalam pada itu, Zarina tidak dinafikan berasa hairan dengan tindakan pembantu rumahnya yang melarikan diri itu kerana dia tidak memberikan tugasan berat untuk dikerjakan di rumahnya itu.

“Saya cakap dekat dia untuk sapu rumah seminggu sekali sahaja. Cuci tandas pula dua kali satu minggu sudah cukup. Jangan fikir sangat buat kerja rumah.”

Dia turut memberitahu pembantu rumahnya itu, jika berasa tidak serasi boleh cepat-cepat bagitahu agar dia boleh mengembalikan pembantu rumah tersebut kepada agensinya.

Zarina tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya niatnya memuat naik hantaran tersebut adalah supaya orang lain dapat berwaspada dengan kejadian seperti ini dan juga sebagai tanda peringatan kepada pengikutnya.

Dia turut meluahkan rasa hampa dan menyatakan bahawa ianya sangat sukar pada zaman kini untuk mencari pembantu rumah.

Fuhh baru berapa jam sampai rumah tu…

Baca Lagi:
Suami gaji RM3,000 tapi ada hati nak berbini dua, siap angkut awek naik Genting Highland
Setiap hari pergi kerja naik Bentley Mulsanne, rupanya wanita ini kerja tukang cuci pinggan
“Inilah contoh ibu mertua dari Syurga”
CATEGORIES