Anwar singgah makan tengahari di Medan Selera Presint 8, Putrajaya. Dalam kesibukan jadual hari pertamanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa untuk singgah makan tengah hari di Medan Selera Presint 8, di sini.
Beliau tiba ke medan selera terbabit kira-kira jam 12.20 tengah hari menaiki kereta jenis Vellfire hitam sebelum bertemu dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung dan peniaga.
Juadah nasi beriani kambing menjadi pilihan Perdana Menteri untuk santapan tengah harinya.
Peluang yang ada turut dimanfaatkan pengunjung untuk turut merakam foto kenangan bersama Perdana Menteri Ke-10 itu.
Perdana Menteri seterusnya dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini.
Terdahulu Anwar tiba kira-kira jam 9.52 pagi ini di Bangunan Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.
25 November – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim singgah ke Medan Selera Presint 8, Putrajaya. https://t.co/BTElXNob0G
‘Yang sahih di Berita RTM’#RTM #BeritaRTM #YangSahihdiRTM pic.twitter.com/lqNRw2PuB1
— Berita RTM (@beritartm) November 25, 2022