Perbezaan antara 2 pemimpin, Najib ucap tahniah kepada Anwar, Hadi ucap terima kasih rakyat

Perbezaan antara 2 pemimpin, Najib ucap tahniah kepada Anwar, Hadi ucap terima kasih rakyat

Perbezaan antara 2 pemimpin, Najib ucap tahniah kepada Anwar, Hadi ucap terima kasih rakyat. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menerima perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
“Selamat berkhidmat,” katanya dalam hantaran di Facebook Najib Razak hari ini.

Perbezaan antara 2 pemimpin, Najib ucap tahniah kepada Anwar, Hadi ucap terima kasih rakyat

Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memuat naik hantaran di Facebook beberapa minit sebelum Najib, hanya mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memilih Pas.

Katanya, dukungan dan kepercayaan ahli-ahli dan rakyat membolehkan Pas membuat perubahan dan memimpin Malaysia.

“Alhamdulillah, 71 tahun perjuangan Pas di Malaysia semakin diterima rakyat apabila berjaya memenangi paling banyak kerusi Parlimen dan paling tinggi undi popular pada PRU15.

Pas menang 49 kerusi pada pilihan raya kali ini menjadikannya parti yang memenangi paling banyak kerusi Parlimen diikuti DAP (40); PKR (30); UMNO (26); dan Bersatu (24). Parti-parti lain memenangi kurang 20 kerusi.

Bagaimanapun, parti itu bersama gabungannya PN tidak berjaya membentuk kerajaan apabila tidak mempunyai majoriti mudah sehingga menyebabkan Parlimen tergantung.

Kemelut politik itu akhirnya berkesudahan hari ini apabila Yang di-Pertuan Agong mengumumkan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada ahli-ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dalam hantaran sempena ulang tahun parti itu, Hadi sama sekali tidak menyatakan apa-apa mengenai pelantikan Perdana Menteri atau kerajaan baharu.

Baca Lagi:
Anwar ulang tidak ambil gaji PM
Tular [VIDEO] PM jawab panggilan Erdogan ketika sidang akhbar
PM beri bayangan calon TPM dari BN, GPS
CATEGORIES