Anwar ulang tidak ambil gaji PM

Anwar ulang tidak ambil gaji PM

Anwar ulang tidak ambil gaji PM. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengotakan janjinya untuk tidak menerima gaji yang diterima sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, itu langkah pertama yang akan dibuat dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

“Saya umumkan untuk tidak menerima gaji (sebagai Perdana Menteri) sebagai langkah untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
“Saya juga tidak mahu rakyat lihat menteri tanpa mengira parti memikirkan soal gaji, kontrak dan saham,” katanya dalam sidang media khas di Rumah Kelab Sungai Long, di sini, hari ini.

Anwar ulang tidak ambil gaji PM

Ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan dia bersedia untuk tidak menerima gajinya jika dipilih sebagai Perdana Menteri.

Keputusan itu dibuat ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi selain ketidaktentuan ekonomi.

Baca Lagi:
PM-10 | Perdana Menteri kotakan janji pertama, Anwar umum cuti Isnin ini
Presiden Indonesia Jokowi antara yang terawal hubungi Anwar ucap tahniah
Ini kata-kata Anwar Ibrahim kepada rakyat selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-10
CATEGORIES