Akhirnya Tun M ‘buka mulut’ selepas Pejuang kalah teruk dlm PRU15

Akhirnya Tun M 'buka mulut' selepas Pejuang kalah teruk dlm PRU15

Akhirnya Tun M ‘buka mulut’ selepas Pejuang kalah teruk dlm PRU15. Selepas empat hari berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuka mulut menyatakan kesedihan apabila partinya kalah.

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, sebagai Pengerusi Pejuang, beliau sedih dengan keputusan itu, tetapi menerima pilihan rakyat.

“Pejuang Tanahair yang mengganti GTA kalah dalam PRU-15. Saya sebagai Pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat.
“Saya harap pihak yang menang akan mendirikan Kerajaan Malaysia,” katanya dalam catatan pertama selepas PRU-15, hari ini.

Akhirnya Tun M 'buka mulut' selepas Pejuang kalah teruk dlm PRU15

Pada PRU-15 lalu, GTA yang bertanding menggunakan logo Pejuang, gagal mendapat sebarang kerusi di 125 kawasan yang mereka bertanding.

Malah, Dr Mahathir kalah teruk di tangan calon Perikatan Nasional (PN) yang mendapat majoriti 13,518 undi sehingga hilang wang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.

Anaknya, yang juga Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz serta calon GTA lain turut kalah teruk, menimbulkan persoalan sama ada parti itu akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas PRU-15.

Dr Mahathir berkata, oleh kerana Pejuang kalah di semua 125 kawasan yang dipertandingkan maka parti itu tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Katanya, segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksa digugurkan dan parti itu akan menyokong pemerintahan yang menang.

“Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

“Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara. Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.

“Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis,” katanya.

Baca Lagi:
PM beri bayangan calon TPM dari BN, GPS
Ini kata-kata Anwar Ibrahim kepada rakyat selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-10
Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *