Ada cikgu marah pakai kasut koyak datang sekolah, nasib ada ustazah memahami nasib aku

Ada cikgu marah pakai kasut koyak datang sekolah, nasib ada ustazah memahami nasib aku

Ada cikgu marah pakai kasut koyak datang sekolah, nasib ada ustazah memahami nasib aku. Ada cikgu marah bila aku datang sekolah dengan kasut koyak. Dia tanya kenapa tak beli baru. Aku senyapkan aje dan aku kena denda. Lepas tu bila cikgu lain dengar cikgu tu tegur, dia panggil aku, kat hujung. Ustazah Siti nama ustazah tu. “Lia, awak ade duit tak beli kasut?” Aku geleng dan dia terus keluarkan duit suruh aku beli kasut baru.

#Foto sekadar hiasan. Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayah sahaja yang bekerja. Atas beberapa faktor mak tak kerja. Aku ada 3 orang adik beradik je tapi kadang – kadang masih sempit juga.

Kereta pun guna kereta lama, rumah buruk. Pernah ada orang rumah PPRT datang rumah aku dan cakap. “Takkan ni je rumah. Teruk sangat. Dhaif sangat – sangat”. Ada jugak jiran – jiran pernah datang rumah kami, bila dia tengok perabot.

Ada cikgu marah pakai kasut koyak datang sekolah, nasib ada ustazah memahami nasib aku

“Miskinnya lah. Lama dah perabot ni. Mana ada orang pakai.” Aku tahu mak aku menangis malam tu sambil cerita kepada ayah aku. Macam – macam h1naan kami terima. Ada yang cikgu aku marah bila aku datang sekolah dengan kasut k0yak.

Dia tanya kenapa tak beli baru. Aku senyapkan aje dan aku kena denda. Lepas tu bila cikgu lain dengar cikgu tu tegur, dia panggil aku, kat hujung. Ustazah Siti nama ustazah tu. “Lia, awak ade duit tak beli kasut?”

Aku geleng dan dia terus keluarkan duit suruh aku beli kasut baru. Keadaan masa tu telefon pun tak ade. Boleh kata keluarga aku ni paling tersisih dengan saud4ra mara. Sebab rumah kami buruk. Ada yang masuk rumah kami pakai selipar.

Sebab tak nak kaki kena habuk simen yang pecah – pecah. Masa tu aku sekolah pun aku tahu keadaan keluarga macam mana. Rumah bila petang panas sangat – sangat. Kipas angin ada satu je kat rumah.

Kalau malam mak ayah guna, waktu siang je aku boleh guna. Aku dah pernah minta nak kipas tapi ayah aku diamkan aje. Kemudian aku faham yang ayah aku tak mampu. Masa hari raya pun sedih. Baju sehelai je.

Baju pakai hari – hari susah sangat – sangat nak ganti. Ayah atau mak tak akan beli baru, melainkan aku merayu sangat – sangat. Masa aku masuk U, tudung ada 2 helai, tudung hitam dan tudung krim. Baju kurung yang makcik – makcik aku punya. Bert4hi lalat dan fesyen lama.

Masa mula – mula masuk U aku jadi segan sebab pakaian aku sangat lusuh. Aku masih ingat roomate aku kutuk pakaian aku macam orang asli pendalaman (maafkankan aku, tak berniat nak kutuk).

Satu demi satu benda orang pandang h1na. Pakaian, life style aku. Dulu nak makan pun berkira sangat – sangat. Masa U ada kawan aku pesan aku belikan makanan. Harga dalam RM20. Lepas tu aku mintak dengan dia duitnya, sebab aku pun tak ada duit.

Kemudian, dia pergi sebarkan cerita aku kedekut, makanan berkira walaupun seposen. Dia tak tahu tu jelah duit aku untuk makan sampai last sem. Selepas tu aku dah serik. Aku tak kan ambik pesan kalau kawan aku pesan makanan.

Aku cakap jujur tak ada duit dah. Sampai last, akhirnya aku berjaya jugak habiskan belajar, dapat graduate. Keputvsan aku biasa – biasa sebab aku bukan pelajar yang cemerlang sangat. Tapi aku sangat – sangat bersyukur aku mampu hidup walaupun serba kekurangan.

Hidup dengan rasa malu dan penuh cerc4an. Sampai sekarang bila ingat balik apa yang aku rasa. Kadang kala air mata jatuh menitik. Nak beli roti harga RM0.80 pun kadang – kadang tak mampu bila bajet dah habis.

Sekarang aku dah kerja dan dah dapat pegang duit sendiri. Aku berjimat sehabis mungkin. Masa bulan Ramadhan, bila rasa lapar dan dapat rasa balik macam mana jadi miskin dulu. Aku terkadang menitik air mata.

Aku merayu kepada masyarakat kalau nampak orang yang susah. Tolong jangan h1na. Bukan mereka malas untuk cari duit. Bila nampak budak – budak yang pakai seIekeh, kadang – kadang aku rasa sayu, sebab aku teringat kembali macam mana aku dulu.

Moga kita semua dapat menyantuni orang – orang miskin dan jangan mengh1na. Masa aku susah dulu aku tak pernah meminta kat siapa – siapa. Cukup jangan mengh1na. Sekian kisah dari aku. Kalau admin rasa ada manfaat silakan post untuk pengajaran. – Lia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ct Rohani : I feel you, keluarga aku pun pernah susah.. Orang kampung pandang sebeIah mata, cakap – cakap belakang sebab family aku tak berduit. Walaupun tak mewah tapi syukur, aku boleh bantu family sebab aku yang sulung.

Aku sikit pun tak kisah apa orang cakap tentang kami sampai sekarang, yang penting aku dapat happykan family. Sampai tahap ni family yang selalu bagi sokongan dan semangat aku.

Bila kita susah dan lagi susah, hari – hari doa moga satu hari nanti Allah bagi kehidupan yang selesa dan mampu beli sesuatu yang memang kita teringin beli. Bukan mintak kaya raya tapi mampu untuk adakan yang dulu kehidupan kita jauh lagi susah dari orang lain.

Norain Kamarudin : Alhamdullilah dan tahniah akhirnya awk dapat keluar dari circle kemiskinan tu. Sekarang masa awak pula untuk bantu keluarga awak dan berbaktilah selagi mampu.

Satu je, memandangkan hasil zakat pun juta – jutakan, aku berharap sangat pusat zakat dapat buka kaunter bersepah untuk mengagihkan hasil, sama macam gigihnya depa buka kaunter bersepah untuk kutip zakat, kat tengah pasar pacak payung letak satu kerusi dan meja pon jadik.

Jadi golongan – golongan asnaf ni lebih mudah nak merujuk tanpa perlu keluarkan kos yang mungkin membebankn untuk pegi pejabat, Kalau tak bagi duit pun sekurang – kurang ambik contact dan alamat dan buat lawatan ke rumah asnaf ni untuk proses kelulusan daripada golongan asnaf ni yang turun naik opis.

Redzuan Abd Manaf : Paksu pun bukan anak orang kaya. Ada adik beradik 9 orang semuanya. Cuma miskin paksu tidaklah sampai dih1na. Kecuali dari saud4ra – saud4ra yang kaya. Its ok, paksu tidak apa – apa.

Selagi masa tu paksu ada arw4h mak dan ayah cukuplah ya. Cumanya selepas arw4h mak ayah paksu tak ada, inilah saat dan permulaan untuk paksu merasa siksanya hidup tanpa ada apa – apa. Sedih kalau nak dicerita.

Menangis bila ingat semula. Tapi itulah, paksu tak nak mula. Bila paksu mula akan jadi coretan yang panjang berjela. Akan bukak Iuka paksu yang lama. Cukuplah orang tahu yang paksu cukup bersyukur punya arw4h mak ayah yang tidak kaya tapi mengajar paksu hidup serba sederhana.

Ichka Farhana Sidek : Saya ni lagi la tersisih, sama macam awak. Pakaian harian pun tak berganti, baju kurung sepanjang 3 tahun dip dulu sama je bergilir 7 helai yang sama. Baju kurung raya masa tingkatan 3, 4, 5 dan jahit 2 helai masa nak smbung belajar.

Lagi 2 helai kak ipar bagi, semua besar- besar dan kain aku kena Iipat gulung – gulung kalau pakai takut londeh. Bayangkan form 3 jahit baju raya besar sebab takut tahun depan aku dah besar tak muat pakai.

Siz aku M. tapi jahit untuk orang XXL, bayangkan nak jimat. Aku punya tempat belajar tak ada asrama, ada rumah sewa sebulan RM115 seorang. Duit pinjaman PTPTN aku catu. Setiap jumaat aku ke pasar beli ikan “kucing”, ikan sardin atau selayang apa – apalah la orang pnggil tapi aku cakap kat pakcik tu aku beli untuk kucing sebab ikan yang aku beli kebanyakan yang orang jual ikan tak habis, cover baik punya.

Aku kunyitkan semua lepas siang, sehari aku goreng seekor je makan dengan nasi. Kadang – kadang balik kelas tengok housemate aku goreng dan makan ikan aku. Diorang ingt aku beli ikan sebab aku banyak duit ke? Tapi aku tak cakap apa pon. Panjang lagi kisah aku sebenarnya tapi tak tertaip.

Farin Ahmad : Yang ‘bah4yanya’ mereka yang benar – benar miskin ni, mereka jenis tak meminta – minta. Sebab mereka ada maru4h dan tahu malu . Pihak inilah yang sangat – sangat wajib dibantu sebab memang benar – benar susah.

Jiran sebeIah kenyang, masak bau sampai ke rumah sebeIah, tapi diaorang diam je tak meminta. Yang ini yang nabi saw kata, tak sempurna iman kamu kalau kamu kenyang, sebaliknya jiran kamu lapar.

Jadi sekarang dah senang, maka jangan kamu lupakan mereka yang senasib dengan kamu dulu. Ada hikmahnya Allah uji kamu dengan kesusahan dulu, supaya kamu benar – benar faham apa yang dirasakan oleh mereka yang miskin.

Aku paling kesian kepada budak – budak U yang miskin. Sampai ikat perut. Mereka ni menuntut ilmu, tapi dibiar kelaparan. Mujur aku tak kaya, kalau kaya, nak je aku bagi extra elaun makan kepada setiap pelajar yang memerIukan.

Baca Lagi:
Semasa cuti penggal persekolahan guru boleh diarah hadir bertugas
Umum keluar UMNO, rupanya belum jadi ahli UMNO
“Hutang rumah sampai kiamat”,-Perbezaan besar rumah sendiri dan rumah yang dimiliki bank
CATEGORIES