Semasa cuti penggal persekolahan guru boleh diarah hadir bertugas

Semasa cuti penggal persekolahan guru boleh diarah hadir bertugas

Semasa cuti penggal persekolahan guru boleh diarah hadir bertugas. Guru boleh diarahkan untuk hadir bertugas semasa cuti penggal persekolahan, namun tidak boleh melebihi separuh daripada bilangan cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata ia adalah berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 11 Tahun 2017 yang turut memaklumkan arahan hadir bertugas itu meliputi tugasan mengawas peperiksaan, berkursus dan mesyuarat persediaan awal tahun persekolahan.

“Walaupun ini tugasan luar bukan bersifat rutin yang perlu dilakukan setiap hari, tetapi ini juga sebahagian daripada tugas guru,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang bertanyakan sekiranya guru boleh dipanggil bertugas ketika cuti sekolah.

Semasa cuti penggal persekolahan guru boleh diarah hadir bertugas

Sementara itu, Lim berkata setakat ini tiada elaun khusus diberikan kepada guru yang melaksanakan tugasan luar bilik darjah termasuk hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada hujung minggu.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya guru diarahkan bertugas di luar sekolah, mereka layak diberikan tuntutan perjalanan.

“Ini adalah setakat sekarang, tetapi kita akan ambil maklum isu dibangkitkan dan kita akan teliti,” katanya menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang bertanyakan sekiranya kerajaan akan memperkenalkan insentif atau elaun khusus kepada guru gred DG41 yang melaksanakan tugasan di luar kelas.

Baca Lagi:
Ini fungsi sebenar butang ‘soak’ di mesin basuh yang ramai belum tahu
Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak
“Hutang rumah sampai kiamat”,-Perbezaan besar rumah sendiri dan rumah yang dimiliki bank
CATEGORIES