“Abang tak bagi balik selagi tak habis” – Budak menangis kepenatan jual nasi lemak di pantai Klebang

“Abang tak bagi balik selagi tak habis” – Budak menangis kepenatan jual nasi lemak di pantai Klebang

“Abang tak bagi balik selagi tak habis” – Budak menangis kepenatan jual nasi lemak di pantai Klebang. Seorang kanak-kanak lelaki didakwa telah dipaksa untuk menjual nasi lemak di sekitar kawasan Pantai Klebang, Melaka.

‘Jangan paksa anak-anak bekerja’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan kanak-kanak tersebut sedang menjual nasi lemak kepada beberapa orang individu yang meluangkan masa di tepi pantai.

"Abang tak bagi balik selagi tak habis" - Budak menangis kepenatan jual nasi lemak di pantai Klebang

Namun, dia dilihat terduduk sambil menangis teresak-esak dipercayai kerana kepenatan.

Ceritanya macam ini, kami tengah ‘healing’ tepi pantai dan dah nak balik. Tiba-tiba budak ni datang terus menangis sambil cakap ‘penat, belilah nasi lemak RM 1 je’, abang tak bagi balik selagi tak habiskan’.

Mereka yang bersimpati terhadap kanak-kanak tersebut kemudian membantu menjual nasi lemak miliknya.

Dia terus menangis. Mula-mula perlahan je, lama-lama makin kuat nangis. Jadi kami ambil keputusan untuk tolong jual je.

Dalam pada itu, pemilik video berkenaan turut menasihati ibu bapa agar berhenti memaksa anak-anak bekerja kerana itu bukan tanggungjawab mereka.

Tolonglah ibu bapa, kalau mereka cakap dah penat tolonglah jangan paksa. Lagipun kerja-kerja ini bukan umur mereka untuk buat semua ni. Mereka patut main dan tidur je kat rumah.

Reaksi netizen

Screenshot 2023 09 22 at 12

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa kasihan dengan nasib kanak-kanak terbabit dan menyelar tindakan ibu bapanya yang didakwa sengaja mengambil kesempatan demi meraih keuntungan.

Sementara itu, mereka juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera berhubung isu berkenaan.

@sjbkim Ibu bapa sekarang please stop forcing your kids selling for your own sake. Ceritanya macam ni, kami tengah healing tepi pantai actually and dah nak balik. Tiba-tiba budak ni datang terus menangis sambil cakap penat, belilah nasi lemak rm1 je. Abang tak bagi balik selagi tak habiskan then terus menangis. Mula-mula slow je, lama-lama makin kuat nangis. So kami decide nak tolong jual jerrr. Tolong la ehh ibu bapa, kalau dorang cakap dah penat tolong la jangan paksa. Lagipun kerja – kerja ni bukan umur dorang untuk buat semua ni. Dorang patut main dan tidur je kat rumah😭. #fyp #fypシ゚viral #f #nasilemak #viral ♬ original sound – Sq

Baca Lagi:
Bekas penjaga gol terbaik Asia Tenggara jadi tukang masak restoran
Ramai yang tak tahu rupanya dalam Malaysia ni ada ‘durian kura-kura’, hanya ada di 3 tempat ini sahaja
Netizen lepas geram kongsi kesalahan anggota JPJ selepas ramai rider terpaksa jalan kaki kerana motor kena sita
CATEGORIES