Urus niaga pembaharuan cukai jalan oleh BJAK tidak diluluskan JPJ

Urus niaga pembaharuan cukai jalan oleh BJAK tidak diluluskan JPJ

Urus niaga pembaharuan cukai jalan oleh BJAK tidak diluluskan JPJ. Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) dalam memberikan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai telah disahkan tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Menurut kenyataan JPJ, pengiklanan BJAK melalui laman web bjak.my dan platform media sosial adalah tidak benar.
JPJ mengambil serius tindakan BJAK dalam memberikan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai.

Urus niaga pembaharuan cukai jalan oleh BJAK tidak diluluskan JPJ

JPJ menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) atau JPJ tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK untuk memberikan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

“JPJ ingin mengesahkan bahawa kenyataan yang dibuat oleh BJAK di laman web mereka, iaitu pembaharuan ‘roadtax’ secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disahkan, dan diluluskan oleh JPJ adalah palsu dan menyesatkan orang awam.
“JPJ juga menerima aduan daripada orang awam yang menyatakan bahawa pembaharuan cukai jalan telah dilakukan melalui laman web BJAK, tetapi tempoh sah cukai jalan tidak dikemas kini,” kenyataan itu dikeluarkan pada hari Isnin.

Menurut kenyataan tersebut, BJAK mengiklankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian kepada orang awam, termasuk program pemberian cukai jalan secara percuma.

Kenyataan tersebut menegaskan bahawa JPJ tidak mempunyai integrasi sistem antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh BJAK.

Pada masa yang sama, JPJ juga dilaporkan menerima aduan dari orang ramai berkenaan ketidakpuasan hati mereka kerana terpaksa membayar caj tambahan semasa memperbaharui cukai jalan melalui perkhidmatan BJAK.

Menurut kenyataan tersebut, JPJ menegaskan bahawa pihak MOT atau JPJ tidak pernah memberikan kebenaran untuk mengenakan sebarang caj tambahan yang kini dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka.

Mereka menggalakkan orang ramai untuk melakukan pembaharuan cukai jalan melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ, dan platform rakan niaga JPJ seperti Pos Malaysia, MyEG, serta PUSPAKOM sahaja.

“Pihak JPJ sekali lagi ingin menegaskan bahawa operasi yang dijalankan oleh BJAK dalam urusan pembaharuan cukai jalan adalah tanpa kebenaran dari pihak JPJ.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati terhadap mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan yang tidak sah.

“Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian, oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut,” ujar beliau.

JPJ menambah, mereka sentiasa berusaha dan berkomitmen untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang awam, terutama pelanggan JPJ, sentiasa terjamin.

Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ melalui portal aduan rasmi JPJ di https://jpj.spab.gov.my/.

Baca Lagi:
“Ingat lepas kahwin dengan ustazah bahagia, rupanya jadi lelaki ‘tersakiti’”
“Keluarga mentua buat tak tahu je semasa suami aku kantoi ‘check in’ dengan kawan baik aku, sekarang mereka datang merayu dekat aku..”
Betul ke lelaki Kelantan paling hensem & lelaki Kedah paling lawak dalam Malaysia?
CATEGORIES