2,767 pemilik kereta Audi di Malaysia dipanggil semula

2,767 pemilik kereta Audi di Malaysia dipanggil semula

2,767 pemilik kereta Audi di Malaysia dipanggil semula. PHS Automotive Malaysia (PHSAM) memanggil semula secara sukarela 2,767 unit model Audi yang terbabit bagi pemeriksaan dan penggantian jika perlu beg udara serta alat ganti.

“Kami menggesa pemilik yang terbabit menghubungi pusat Audi Centre berhampiran untuk mendapatkan temu janji pemeriksaan serta penggantian jika perlu terhadap beg udara dan alat ganti berkaitan secepat mungkin,” kata PHSAM dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, panggilan semula itu membabitkan model seperti Audi A4 Sedan, A5 Sportback, A6 Sedan, Q5 dan TT Coupe yang dikilangkan di antara tahun 2008 hingga 2017 yang dipasang dengan beg udara Takata atau penjana gas pada beg udara bahagian pemandu, penumpang dan beg udara jenis ‘curtain’.

2,767 pemilik kereta Audi di Malaysia dipanggil semula

“Berdasarkan kepada kemas kini terbaharu daripada pengeluar, wujud kemungkinan perumah penjana gas berkenaan rosak sekiranya beg udara diaktifkan. Ini akan menyebabkan serpihan kecil melayang daripada perumah itu dan boleh mengakibatkan risiko keselamatan yang serius.

“Di Audi, keselamatan menjadi keutamaan kami. Ia akan terus menjadi salah satu faktor penting dalam usaha berterusan kami untuk menambah baik aspek perkhidmatan selepas jualan. Kami mengenal pasti bahawa antara sebab utama pelanggan memilih Audi adalah kerana prestasi dan ciri keselamatannya.

“Jadi, standard tinggi ini akan kami laksanakan dengan penuh bertanggungjawab,” kata Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter.

Winter berkata, walaupun PHSAM sudah mengenal pasti jumlah kenderaan yang terbabit dalam kempen panggilan semula itu, sememangnya ada kemungkinan bukan semuanya memerlukan penggantian alat ganti.

“Justeru, kami ingin menggalakkan pelanggan membawa kenderaan untuk diperiksa di pusat servis, seterusnya memberi ketenangan minda kepada mereka,” katanya.

Pemilik kenderaan berusia lima tahun dan ke atas juga layak untuk menyertai program Audi Plus yang dilancarkan baru-baru ini yang menawarkan diskaun penyelenggaraan sebanyak 10 peratus di mana-mana pusat Audi Centre.

Pelanggan juga akan menerima tiga baucar servis yang boleh digunakan dalam tempoh tiga tahun selepas tahun kelima servis, selain perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan Audi secara percuma sehingga 12 bulan dari tarikh penebusan baucar.

“Pelanggan yang tidak pasti sama ada kereta Audi mereka terbabit dalam kempen panggilan semula ini dinasihatkan supaya mengunjungi laman web Audi Malaysia.
“Mereka juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Audi di talian 1-800-22-2834 atau emel ke [email protected],” tambah kenyataan itu.
Baca Lagi:
Tular lelaki ‘terbang’ bersama layang-layang gergasi
Harimau baham pakcik, yang pelik kenapa ramai-ramai ada dekat situ siap rakam lagi
Lelaki terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila pergi bank lain pula yang jadi
CATEGORIES