Lelaki terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila pergi bank lain pula yang jadi

Lelaki terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila pergi bank lain pula yang jadi

Lelaki terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila pergi bank lain pula yang jadi. Seorang lelaki Sepanyol menemui wang tunai ‘lama yang diletakkan dalam enam tabung dan ditanam dalam dinding sebuah rumah baharu dibelinya baru-baru ini, lapor Mirror News.

Tono Pineiro ditemui berkata, wang tersebut berjumlah £47,000 (RM245,000) yang ditemui semasa melakukan kerja pengubahsuaian rumah yang akan didiaminya semasa bersara nanti.

Bagaimanapun, kegembiraan Pineiro tidak kekal lama apabila wang kertas yang dibawa ke Bank of Spain sebenarnya wang lama dan pihak bank sudah menghentikan pengeluarannya sejak 2002.

Lelaki terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila pergi bank lain pula yang jadi

“Saya pergi bank untuk mengesahkan mata wang ini dan malangnya mereka sudah menghentikan pengeluarannya lebih 20 tahun lalu,” katanya.

Namun, idea Peneiro menjual wang lama tersebut kepada pengumpul wang lama atau numismatik telah membuahkan hasil apabila dia memperoleh pulangan sebanyak £30,000 (RM156,000).

“Saya rasa mereka menyimpan dalam tabung ini bagi menghalang kelembapan wang tunai ini supaya tidak mudah rosak,” katanya sambil menambah dia akan menyimpan saki baki wang itu sebagai cenderahati.

Baca Lagi:
Wanita terkejut ada makhluk menyerupai dirinya ganggu pakwe selepas dating, siap tiru tabiat wanita itu berdiri depan tingkap
Hanya satu ujian teori pengambilan lesen kereta dan motosikal
Zahid dedah bekas pemimpin UMNO kalah pemilihan larikan harta parti
CATEGORIES