Tular lelaki ‘terbang’ bersama layang-layang gergasi

Tular lelaki ‘terbang’ bersama layang-layang gergasi

Tular lelaki ‘terbang’ bersama layang-layang gergasi. Satu klip video tular di media sosial China memaparkan seorang lelaki melayang tinggi di langit sambil menerbangkan sebuah layang-layang gergasi, lapor akhbar New York Post semalam.

Orang ramai ketawa sambil kehairanan melihat dirinya, namun lelaki itu kelihatan tenang semasa melayang di udara di kawasan pantai di bandar Tangshan.

Dia sesekali menjulang setinggi lebih 30 meter di sekeliling layang-layang lain.

Tular lelaki 'terbang' bersama layang-layang gergasi

Selepas mendarat di pantai, dia meluncur ke udara sekali lagi dengan berpaut pada tangkali tali layang-layangnya.

“Dia tidak membuat kesilapan (terbang). Dia melakukannya dengan sengaja,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Tao yang merakam video tersebut.

Tao mengusahakan sebuah kedai layang-layang.

Menurut Tao, rakannya itu bukan satu-satunya orang yang terbang bersama-layang-layang dan ia bukan hobi yang berbahaya.

“Tali layang-layang diperbuat daripada Kevlar dan kami menggunakan tali pinggang keselamatan semasa bermain, jadi tidak akan ada sebarang masalah.

“Sudah tentu hanya profesional bermain layang-layang seperti ini,” katanya.

Baca Lagi:
Dr. Rozaime dedah surat JAIPs pelawa Ustaz Wadi Annuar mohon tauliah, tapi…..
Cikgu menyesal tanya soalan ‘mak ayah siapa sudah meninggal?’dekat murid darjah 1, sekali ini jawapan yang keluar…
Laluan utama Jalan Kuala Terengganu-Kuantan ditutup mulai hari ini, 04 April hingga 07 April 2023
CATEGORIES