230 buah kereta klasik ditemui dalam gudang jadi tanda tanya, adakah harta Ahmad Albab punya?

230 buah kereta klasik ditemui dalam gudang jadi tanda tanya, adakah harta Ahmad Albab punya?

230 buah kereta klasik ditemui dalam gudang jadi tanda tanya, adakah harta Ahmad Albab punya?. Kereta-kereta terbiar biasa ditemui di lokasi-lokasi tertentu tapi yang ni special sikit. Bukan sebuah dua tapi 230 unit model klasik milik seorang pengumpul ditemui dan antara model yang menarik ialah Ferrari, Lancia, Facel Vegas, Alpine, Ford, Tatra, BMW, Mercedes, Lincolns dan banyak lagi. Kini ia bakal dilelong kepada peminat kereta klasik.

Lelongan akan dilakukan oleh Gallery Aaldering yang baru sahaja memperolehi koleksi yang dinamakan “Palmen Barnfind Collection” di Netherlands. Koleksi ini mula dikumpulkan oleh seorang pengumpul yang dikenali sebagai Mr Palmen sejak 40 tahun yang lalu. Kaya betul atuk ni.

230 buah kereta klasik ditemui dalam gudang jadi tanda tanya, adakah harta Ahmad Albab punya?

Beliau sangat meminati kereta tapi cukup mementingkan privasi. Tak ada masa untuk beliau menunjuk-nunjuk. Tak sama dengan jutawan baru nak up kan? Ada 3, 4 buah kereta terus buat content nak tunjuk pada dunia. Mr Palmen ni sangat berahsia sehinggakan jiran-jiran terdekat pun tak tahu apa yang ada dalam 3 buah bangunan milik beliau.

Palmen sangat jarang menjual kereta-kereta milik beliau. Patut la jumlahnya semakin banyak. Bukan itu sahaja citarasa beliau juga dikatakan agak tinggi berdasarkan kereta-kereta yang ada dalam koleksi ini.

Kini kesemua kereta ini telah dibeli oleh Gallery Aaldering dan dikumpulkan dalam sebuah bangunan di Rotterdam. Lelongan akan dikendalikan oleh Classic Car Auctions.

230 buah kereta klasik ditemui dalam gudang jadi tanda tanya, adakah harta Ahmad Albab punya?

Walaupun kebanyakan kereta ini luarannya kelihatan kotor dan berdebu tapi ia sebenarnya masih dalam keadaan baik dan dijaga rapi oleh Mr Palmen. Enjin kereta-kereta ini akan dihidupkan sekali sekala agar tidak rosak. Tapi kalau nak pakai dah tentu kena lakukan proses restorasi betul-betul.

Baca Juga :

Suami bohong anak bagitahu ibu terkorban dalam serangan bom, rupanya dicerai sebab isteri cacat hilang kaki paras peha
Kisah Azura Luna perempuan yang tipu anak Presiden AS Joe Biden hingga diburu Interpol
Tiada lagi aplikasi WhatsApp tahun depan
CATEGORIES