Suami bohong anak bagitahu ibu terkorban dalam serangan bom, rupanya dicerai sebab isteri cacat hilang kaki paras peha

Suami bohong anak bagitahu ibu terkorban dalam serangan bom, rupanya dicerai sebab isteri cacat hilang kaki paras peha

Suami bohong anak bagitahu ibu terkorban dalam serangan bom, rupanya dicerai sebab isteri cacat hilang kaki paras peha. April 2015 mencatat sejarah hitam buat Fida’ Hassan apabila kehilangan kaki kanan hingga paras paha, diceraikan dan paling menyayat hati apabila suami sanggup berbohong kepada tiga anak bahawa ibu mereka terkorban dalam serangan bom.

Dugaan hebat wanita cekal berusia 28 tahun itu bermula apabila rumahnya di sebuah perkampungan di Idlib dibom oleh rejim Bashar al Assad dengan kejadian itu turut mengorbankan seorang sepupunya.

Ketika kejadian, suami serta tiga anak mereka tiada di rumah. Akibat serangan bom yang berlaku ketika Maghrib itu, Fida’ terpaksa menjalani pembedahan selama 11 jam berikutan kaki kananya hancur dan dipotong hingga paras paha.

Suami bohong anak bagitahu ibu terkorban dalam serangan bom, rupanya dicerai sebab isteri cacat hilang kaki paras peha

Kejadian itu juga menyebabkan Fida’ mengalami kecederaan di perut, kaki kiri, manakala tangan patah selain melecur di badan. Kecederaan parah itu menyebabkan beliau terlantar di hospital selama empat bulan.

Ketika menjalani rawatan di Hospital Orient, hospital itu terkena serangan bom dan memaksa Fida’ dipindahkan ke Hospital Kafrenbol yang kemudiannya turut musnah.

Selepas kejadian itu, beliau mendapatkan rawatan di Turkiye selama setahun sebelum kembali ke Syria dan menetap di kem pelarian ibu tunggal, Kem Al Birru Wa Taqwa di Atmeh.

Lebih malang, ketika Fida’ bertarung nyawa untuk hidup, suaminya yang juga ahli perniagaan yang berjaya melafazkan talak.

“Ketiga-tiga anak menganggap saya sudah mati… kami hanya dipertemukan selepas lima tahun sehinggakan anak saya pada awalnya tidak dapat menerima hakikat saya masih hidup.
“Alhamdulillah Allah menggerakkan hati anak bongsu yang berasakan saya ini ibu mereka, namun sehingga hari ini saya tidak berpeluang untuk menjaga mereka dan mereka kini tinggal bersama bekas suami dan isterinya,” kata ibu kepada anak remaja yang kini berusia antara 11 hingga 13 tahun.

Menurut Fida’, selepas menceraikannya, bekas suami kemudian berkahwin dua sebelum menceraikan seorang daripada isterinya.

“Sepanjang saya dirawat di hospital, suami tidak pernah datang jenguk dan tidak membantu membiayai kos perubatan dan rawatan, malah saya diceraikan ketika terbaring di hospital.

“Saya sudah penat menangis, meratap nasib… sekarang saya akan bangkit mempertahankan hak sebagai seorang ibu walaupun berstatus orang kurang upaya,” katanya yang berkahwin seawal usia 14 tahun dan melahirkan anak pertama setahun selepas itu.

Beliau ditemui ketika sukarelawan Aman Palestin mengunjungi Pusat Rehabilitasi dan Pusat Rawatan Mata, dua pusat rawatan dibina badan bukan kerajaan (NGO), IHH yang berpangkalan di Turkiye.

Berbicara tanpa setitik air mata tumpah, Fida’ yang juga seorang penterjemah bahasa Turkiye di pusat rawatan berkenaan berkata, beliau tidak lagi mahu meratapi nasib, sebaliknya mahu menikmati peluang kedua dikurniakan Allah.

“Saya bersyukur Allah masih berikan peluang untuk hidup dan saya mahu menikmatinya walaupun hidup saya tidak seperti orang lain.

“Saya kena kuat dan saya perlu terima hakikat bahawa inilah nasib saya tetapi saya tidak mahu jadikan alasan untuk mengalah,” katanya yang turut menjadi mangsa dera suami ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Fida’ mendakwa kehidupan wanita Syria sangat susah apabila dilayan seperti seorang hamba, dipukul suami tanpa belas kasihan.

“Hampir 90 peratus wanita Syria menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan saya mahu menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan yang sudah menjadi norma dan budaya lelaki Syria,” katanya yang mempelajari bahasa Turkiye menerusi video dan drama atau filem di televisyen.

Beliau yang kini berpindah ke Sarmada yang jaraknya 28 kilometer dari Atmeh bernasib baik apabila ditawarkan pekerjaan sebagai penterjemah merangkap setiausaha di pusat rawatan berkenaan sejak 2021 selepas mendapatkan rawatan di situ.

Fida’ antara ribuan pelarian dalaman yang terhimpit akibat pemberontakan Syria atau Perang Saudara Syria, konflik dalaman yang masih berterusan sejak awal 2011.

Bantahan bermula pada Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2021.

Statistik dikeluarkan Syrian Observatory for Human Rights menyatakan antara 503,064 hingga 613,407 orang maut dalam tempoh 12 tahun sehingga 15 Mac 2021.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi laman jommenyumbang.com. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-89267019.

Baca Lagi:
Cara hilangkan kesan calar pada pemegang pintu kereta anda, perlu ada 2 benda ni je..
Aku izinkan suami berpoligami dengan isteri muda bergetah, tiba-tiba malam pertama dia meroyan nak aku balik, rupanya…

Kisah Azura Luna perempuan yang tipu anak Presiden AS Joe Biden hingga diburu Interpol

CATEGORIES