Wanita ini live TikTok waktu sahur catat jualan RM8,000 dalam masa 3 jam, ini yang dia jual

Wanita ini live TikTok waktu sahur catat jualan RM8,000 dalam masa 3 jam, ini yang dia jual

Wanita ini live TikTok waktu sahur catat jualan RM8,000 dalam masa 3 jam, ini yang dia jual. Seorang peniaga pakaian tidak menyangka jualannya mampu melebihi RM8,000 dalam tempoh tiga jam menerusi ‘TikTok live’ baru-baru ini.

Menurut wanita itu yang menggunakan akaun Facebook @Murnyss Zac berkata, semalam dia mempromosikan jualannya secara dalam talian di ‘TikTok Shop’ pada waktu sahur dan mendapat sambutan luar biasa daripada pembeli.

“Semalam (kelmarin) saya post (muat naik hantaran) dapat RM2,000 lebih hasil jualan selama empat jam live, dan sahur tadi (semalam), masya-Allah, jualan saya cecah RM8,000 lebih untuk tiga jam lebih live. sungguh saya hanya mampu sujud syukur di atas rezeki ini.

Wanita ini live TikTok waktu sahur catat jualan RM8,000 dalam masa 3 jam, ini yang dia jual

“Dari penonton dua hingga lima orang sahaja malam sebelum ini tengok live saya, sekarang penonton lebih 200 orang statik tak turun sampai semua stock kaftan saya habis terjual. Walaupun kecil nilainya bagi orang lain, tapi terlalu besar nilai ini buat saya yang baru bermula,” tulisnya dalam hantaran semalam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan jualan secara dalan talian terus menjadi lubuk rezeki buat peniaga atau individu yang mahu mencari duit lebih apabila mereka mampu meraih pulangan ribuan ringgit dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Malah melalui kaedah itu juga, para peniaga mampu menjimatkan wang dari segi kos sewa tapak serta gaji pekerja dan me­raih pulangan berganda.

Baca Juga :

Wanita luah perasaan isu berebut bilik di rumah mertua semasa balik raya, korang pernah alami macam ni?
Kisah aku nak minta LI, semua pensyarah tak mahu sign kecuali prof yang selalu aku ejek, aku terkejut bila dia cakap macam ni..
PLUS mengeluarkan jadual waktu sesak yang perlu dielak pengguna ketika pulang raya
CATEGORIES