Zulkafperi dedah Azmin mahu jadi calon PRK Parlimen Tajong Karang

Zulkafperi dedah Azmin mahu jadi calon PRK Parlimen Tajong Karang

Zulkafperi dedah Azmin mahu jadi calon PRK Parlimen Tajong Karang. Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi, mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, disebut-sebut sebagai calon kerusi Parlimen Tanjong Karang sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK).

Zulkafperi menyatakan bahawa beliau menerima banyak maklumat dari pelbagai pihak mengenai kemungkinan Mohamed Azmin, yang juga bekas Ahli Parlimen Gombak, akan bertanding di Parlimen berkenaan.

“Berita ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran beliau (Mohamed Azmin) dalam Program Jelajah Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Parlimen Tanjong Karang,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di pejabatnya berhampiran pada Jumaat.

Zulkafperi dedah Azmin mahu jadi calon PRK Parlimen Tajong Karang

Menurut Zulkafperi, sokongannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan menyebabkan berlakunya PRK.

“Insya-Allah perkara itu tidak akan berlaku walaupun beliau hadir di Tanjong Karang, yang kononnya akan menggantikan saya di Tanjong Karang sebenarnya tidak ada keperluan.
“Setakat ini, penduduk di sini juga sudah mula menerima dan ada yang mengatakan saya membuat keputusan yang baik untuk membela nasib rakyat,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Zulkafperi menyatakan bahawa Bersatu Bahagian Tanjong Karang tidak terbubar dan beliau masih kekal sebagai ketuanya sehingga surat rasmi pemecatannya diserahkan.

“Bersatu Bahagian Tanjong Karang sepanjang yang saya tahu masih wujud dan tidak dibubarkan, malah saya juga masih kekal sebagai ketua walaupun dimaklumkan jawatankuasa telah berubah dengan alasan saya tidak hadir,” ujarnya.

Sebelum ini, lima Ahli Parlimen Bersatu telah mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar. Antara mereka adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Baca Lagi:
Haram pakai baju Melayu warna ‘Brick Orange’?, individu ini jelaskan hukumnya supaya ramai tahu
Bukan saja-saja letak, ini maksud sebenar papan tanda ‘AH’ di lebuh raya yang ramai tak tahu
Perjanjian mulut bertukar selepas ibu meninggal, 8 beradik berebut 24 unit rumah sewa
CATEGORIES