Perjanjian mulut bertukar selepas ibu meninggal, 8 beradik berebut 24 unit rumah sewa

Perjanjian mulut bertukar selepas ibu meninggal, 8 beradik berebut 24 unit rumah sewa

Perjanjian mulut bertukar selepas ibu meninggal, 8 beradik berebut 24 unit rumah sewa. Menjaga, mematuhi, dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan anak.

Mengikut prinsip tersebut, lelaki ini sanggup mengorbankan tenaga dan bersusah payah untuk memenuhi kehendak ibu dan bapanya.

Namun, malangnya, apa yang dilakukannya itu tidak hanya tidak dihargai, malah menjadi ‘senjata’ yang melukainya sendiri.

Perjanjian mulut bertukar selepas ibu meninggal, 8 beradik berebut 24 unit rumah sewa

Kisah lelaki ini diceritakan semula oleh salah seorang adik perempuannya yang merasa simpati dan ingin membantunya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

Memulakan cerita, wanita ini menceritakan bahawa masalah yang dihadapi oleh abangnya bermula selepas beberapa unit rumah sewa dibina di atas tanah milik bapanya.

“Bapa saya memiliki sebidang tanah… Saya mempunyai lapan orang adik beradik, di mana tujuh daripadanya adalah perempuan dan seorang lagi lelaki.

“Abang saya menjalankan perniagaannya sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Jadi, bapa mencadangkan kepadanya untuk membina rumah sewa di atas tanah bapa sebagai penyimpanan hari tua.

“Pada masa yang sama, bapa menyatakan bahawa itu juga sebagai jaminan untuk adik-adik sekiranya mereka menghadapi kesukaran atau ditinggalkan oleh suami,” ujarnya di laman Facebook.

Menurut wanita ini, bapanya juga telah menyatakan bahawa tanah tersebut akan dibahagikan kepadanya dan adik beradik lain secara sama rata.
Walaupun pembahagian itu belum dilakukan secara rasmi, abangnya menuruti setiap kehendak bapanya dan membina rumah sewa secara beransur-ansur sebanyak 24 unit.

“Setiap blok rumah mempunyai empat pintu, jadi secara keseluruhan ada enam blok. Berdasarkan ‘perjanjian lisan’ dengan abang, satu blok rumah diberikan kepada bapa saya sebagai bayaran kos.

“Jika semua enam blok rumah disewakan oleh bapa saya, wang dari sewa itu juga digunakan untuk membayar cukai tanah setiap tahun dan untuk keperluan bapa serta emak.

“Baki selebihnya menjadi hak milik abang saya. Semua kos yang berkaitan dengan pembaikan kerosakan, pengurusan pembuangan sampah, dan orang yang tidak membayar sewa menjadi tanggungjawab abang saya,” ujarnya menjelaskan situasi tersebut.

Pada masa yang sama, bapanya juga menyatakan bahawa bahagian miliknya akan dipindahkan kepada ibunya sekiranya beliau meninggal dunia, dan akan diserahkan kepada adik beradik yang lain mengikut pembahagian tanah, apabila kedua-duanya sudah tiada.

Menurut wanita ini, selain daripada membina rumah sewa, abangnya juga telah menyediakan satu kedai runcit di atas tanah bapanya.

“Abang telah membuka sebuah kedai atau mini market di tanah bapanya, tetapi di kawasan yang bapanya nyatakan sebagai milik abang saya.

“Menurut abang, apabila dia sudah bersara nanti, dia akan tinggal di mini market tersebut dan menggunakannya sebagai kediaman.

“Apabila abang menghadapi masalah kewangan dalam urusan perniagaannya dan memerlukan dana, bapa mencadangkan agar saya membeli satu blok rumah sewa itu sebagai contoh kepada adik-adik lain jika mereka berminat untuk memiliki rumah di atas tanah mereka,” katanya.

Tambahnya, urusan pemungutan duit sewa dilakukan oleh bapa kerana abang bekerja di Kuala Lumpur dan wang akan disalurkan ke akaun abang setiap bulan.

Bagaimanapun, selepas kematian emak, bapa berubah sikap dan tidak lagi memberikan duit sewa kepada abang dengan alasan bahawa sudah lama mendapat duit sewa tersebut.

“Semua janji dan perjanjian lisan itu tidak dipenuhi olehnya dan malah abang diusir dari rumah.

“Saya sebagai saksi yang mendengar segala janji lisan antara bapa dan abang turut dimarahi kerana dianggap memihak kepada abang.”

Perjanjian mulut bertukar selepas ibu meninggal, 8 beradik berebut 24 unit rumah sewa

“Saya yakin bahawa bapa telah terpengaruh oleh desakan adik-adik lain kerana kami telah berbalah apabila kakak-kakak ingin merampas rumah sewa yang abang bina di atas tanah mereka,” ujarnya dengan sedih.

Lebih menyayat hati apabila ada antara kakak-kakaknya yang meminta rumah sewa tersebut dirobohkan kerana mereka ingin memiliki bahagian tanah itu.

Bahkan ada yang sanggup menyatakan tidak mahu sebarang bekas rumah tinggal di atas tanah yang menjadi bahagian mereka.

“Saya berasa sedih memikirkan nasib abang saya. Apa yang sepatutnya saya lakukan untuk membantu dia mendapatkan haknya semula?” dia bertanya di Facebook.

Pada masa yang sama, katanya, segala yang berlaku adalah berdasarkan kepercayaan antara abangnya dengan ibu bapanya tanpa ada perjanjian bertulis.

Baca Lagi:
Rakyat Sarawak diarah hentikan daftar PADU serta-merta – Sumber
Musim perayaan bakal tiba, ini 12 tips ‘jalan tikus’ dari Selangor ke Utara
Selalu tiup makanan & air panas sebelum makan, ini hukumnya yang ramai tak tahu
CATEGORIES