Beri makan kepada burung merpati akan dikompaun RM250

Beri makan kepada burung merpati akan dikompaun RM250

Beri makan kepada burung merpati akan dikompaun RM250. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati membuang sampah dan sisa makanan secara merata-rata, termasuk kepada burung merpati di pusat bandar ini.

MBPP menyatakan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Seksyen 47(1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, yang melibatkan tindakan mahkamah terhadap pesalah yang tetap enggan mematuhi, serta yang gagal membayar kompaun.

“Pemberi makanan seperti ini mungkin beranggapan mereka bersikap baik hati dan penyayang, tetapi sebenarnya tindakan ini merosakkan tahap kebersihan dan kesihatan awam, selain menyebabkan gangguan kepada penduduk.

Beri makan kepada burung merpati akan dikompaun RM250

“Oleh itu, MBPP akan bertindak tegas terhadap mereka yang terbukti membuang sampah dan sisa makanan secara merata-rata.
“Majlis tidak akan ragu-ragu untuk mengenakan kompaun sebanyak RM250 kepada sesiapa yang terbukti bersalah dalam operasi anti-sampah ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut MBPP, dari 1 Januari hingga 19 Mac yang lepas, sebanyak 93 notis tawaran kompaun kesalahan anti-sampah telah dikeluarkan, termasuk lima kompaun kepada individu yang membuang sisa makanan kepada burung merpati.

“Jumlah burung merpati yang ditangkap pada tahun 2023 sahaja adalah 6,606 ekor berbanding 5,020 ekor pada 2022.

“Majlis juga terpaksa membelanjakan kos tambahan untuk mencuci tempat awam seperti lantai yang penuh dengan najis burung yang bersifat asidik dan merosakkan, yang boleh membahayakan kesihatan manusia dan merosakkan harta awam,” katanya.

Baca Lagi:
Perjanjian mulut bertukar selepas ibu meninggal, 8 beradik berebut 24 unit rumah sewa
Watie cemburu, risau apabila arwah Siti Sarah muncul dalam mimpi
Haram pakai baju Melayu warna ‘Brick Orange’?, individu ini jelaskan hukumnya supaya ramai tahu
CATEGORIES