Haram pakai baju Melayu warna ‘Brick Orange’?, individu ini jelaskan hukumnya supaya ramai tahu

Haram pakai baju Melayu warna ‘Brick Orange’?, individu ini jelaskan hukumnya supaya ramai tahu

Haram pakai baju Melayu warna ‘Brick Orange’?, individu ini jelaskan hukumnya supaya ramai tahu. Kalau tahun lepas rona hitam diangkat sebagai warna tema Hari Raya Aidilfitri, dijangkakan tema tahun ini pula warna oren bata (brick orange).

Namun, baru-baru ini tular perkongsian yang menyatakan haram memakai pakaian berwarna brick orange seperti yang dinyatakan dalam satu hadis yang menyatakan larangan memakai warna merah dan oren.

Perkara ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah benar kenyataan tersebut kerana ramai juga yang sudah membeli dan menempah warna ini.

Haram pakai baju Melayu warna 'Brick Orange'?, individu ini jelaskan hukumnya supaya ramai tahu

Hukum pakai warna merah atau oren

Melihat isu yang dibangkitkan, seorang individu tampil menjelaskan mengenai larangan memakai warna tersebut.

Menurut pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ummu Naielah, dia menjelaskan hukum larangan memakai warna terbabit bukan haram mutlak namun mempunyai faktor yang bergantung pada konteks zaman.

Haram pakai baju Melayu warna 'Brick Orange'?, individu ini jelaskan hukumnya supaya ramai tahu

Jelasnya, hadis larangan memakai warna merah, oren atau kuning ini dikhususkan kepada kaum lelaki.

“Betapa banyak perbezaan pendapat di kalangan ulamak, 8 pendapat kesemuanya yang dinuqilkan Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (10/306).
“Kena faham ‘Illat’ (faktor) yang menyebabkan pengharamannya ketika itu, ini termasuk fiqh waqi’. Pada zaman itu fabrik warna merah,oren, kuning yang dicelup zafron (safron) atau usfur adalah dilarang kerana ia perhiasan bagi kaum wanita,” terangnya.

Katanya lagi, bagaimanapun larangan terbabit sudah tidak sesuai pada zaman sekarang kerana fabrik moden kebanyakannya terhasil daripada pewarna sintetik.

“Maka hukum memakai baju warna merah atau oren kembali kepada asal yakni harus kerana ketiadaan unsur pewarna dari tumbuhan tadi yang menjadi faktor pengharamannya,” jelasnya.

Haram pakai baju Melayu warna 'Brick Orange'?, individu ini jelaskan hukumnya supaya ramai tahu

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan mengenai larangan bagi kaum lelaki memakai warna yang menggunakan pewarna semula jadi. Boleh lihat di sini untuk penjelasan lanjut.

Baca Lagi:
Kenali Ching Shih, seorang pelacur jadi ketua lanun wanita paling digeruni di dunia
“Ibu saya selalu bertudung labuh, pakai stokin lengkap tutup aurat, mengaji berpuluh kali khatam, tapi sangka di sebalik semua tu ada sesuatu yang disorok”
Polis terima 5 laporan kes liwat babitkan lelaki dipercayai Naib Ketua Pemuda parti politik di Mersing
CATEGORIES