Zahid beri amaran kepada ahli Parlimen BN ‘Ikut atau hilang kerusi’

Zahid beri amaran kepada ahli Parlimen BN 'Ikut atau hilang kerusi'

Zahid beri amaran kepada ahli Parlimen BN ‘Ikut atau hilang kerusi’. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa beliau mempunyai mandat untuk memberikan kata putus dalam menentukan gabungan politik dalam membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Reaksi beliau itu dikeluarkan selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan mereka bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada parti dalam kerajaan yang dibentuk bersama Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Dalam kenyataannya hari ini, Zahid turut menafikan BN mengadakan rundingan dengan PN yang membawa maksud wujud sebarang persefahaman untuk membentuk kerajaan.

Zahid beri amaran kepada ahli Parlimen BN 'Ikut atau hilang kerusi'

“Kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 telah menandatangani aku janji untuk memberi mandat kepada saya selaku presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan,” kata Zahid, yang kini berdepan tekanan hebat daripada pemimpin Umno supaya berundur berikutan prestasi buruk parti itu pada PRU15 semalam.
MENYUSUL LAGI
Baca Lagi:
29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10
Empat artis tewas PRU-15, satu hilang deposit
Laungan ‘Undur Zahid, No DAP, No Anwar bergema di ibu pejabat UMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *