Kerjasama PH dan BN dijangka dimuktamadkan hari ini, perjumpaan di hotel jam 10 pagi

Kerjasama PH dan BN dijangka dimuktamadkan hari ini, perjumpaan di hotel jam 10 pagi

Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka dimuktamadkan hari ini, apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan akan mengadakan perjumpaan di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Difahamkan, perjumpaan akan berlangsung 10 pagi ini.

Menurut Berita Harian yang memetik laporan sebuah portal berita, beberapa sumber daripada gabungan itu mengesahkan akan ada pertemuan itu pagi ini, bagaimanapun enggan memberitahu tujuan ia diadakan.

Menurut sumber daripada PH, ia sekadar perjumpaan biasa sahaja.

“Tak salah, jika pemimpin PH dan BN berjumpa dan bertukar pandangan selepas penat dengan kempen pilihan raya,” katanya.

Kerjasama PH dan BN dijangka dimuktamadkan hari ini, perjumpaan di hotel jam 10 pagi

Setakat ini, belum ada mana-mana gabungan parti yang mampu membentuk kerajaan sehingga meletakkan Parlimen dalam situasi tergantung.

Keputusan rasmi menunjukkan PH memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.

BN yang menjadi kerajaan sejak merdeka sebelum dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 pula hanya menguasai 30 kerusi.

Malam tadi, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengulangi beliau sudah mendapat bilangan yang cukup untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri, berdasarkan sokongan ahli Parlimen secara individu.

Beliau menegaskan dalam Perlembagaan, tidak dinyatakan seseorang yang mahu dilantik sebagai Perdana Menteri perlu mendapatkan sokongan parti saja tetapi perlu memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.

“Insya-Allah, esok (hari ini) kita dapat mengemuka akuan bersumpah daripada mereka ini bahawa kita memiliki sejumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
“Kalau mengikut Perlembagaan, (sokongan) Ahli-Ahli Parlimen. Tak kata daripada parti mana. (Sokongan) individu boleh, secara kumpulan dan parti mereka pun boleh,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini, malam tadi.

Penegasan sama turut dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi, bahawa gabungan itu mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, Anwar yang juga Presiden PKR, yakin beliau akan diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar bagaimanapun enggan menyatakan parti atau mana-mana ahli Parlimen yang akan bekerjasama dengan PH.

Baca Lagi:
Zahid beri amaran kepada ahli Parlimen BN ‘Ikut atau hilang kerusi’
Sekali lagi Anwar ulang PH ada cukup majoriti tubuh kerajaan, mohon semua bersabar
29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *