‘Hancur berkecai hati aku, dari sebelum nikah hingga kahwin, aku berkorban macam-macam untuk suami, sekali Allah nak tunjuk suami buat aktiviti kotor belakang aku’

‘Hancur berkecai hati aku, dari sebelum nikah hingga kahwin, aku berkorban macam-macam untuk suami, sekali Allah nak tunjuk suami buat aktiviti kotor belakang aku’

‘Hancur berkecai hati aku, dari sebelum nikah hingga kahwin, aku berkorban macam-macam untuk suami, sekali Allah nak tunjuk suami buat aktiviti kotor belakang aku’. Haii, aku Nor. Tujuan utama luahan ni cuma nak lepaskan beban kat dada.

Sedikit background aku. Degree, bekerjaya, seorang isteri dan seorang ibu. Suami bekerja sendiri.

Kini aku dan suami dalam fasa pertama berumahtangga. Selepas setahun ttc, aku pregnant dan bersalin. All start masa aku berpantang sendiri. Stress dan hampir meroyan. Mula halusinasi. Cepat marah.

'Hancur berkecai hati aku, dari sebelum nikah hingga kahwin, aku berkorban macam-macam untuk suami, sekali Allah nak tunjuk suami buat aktiviti kotor belakang aku'

Biasanya aku baca pasal suami orang lain buat hal. Tapi kali ni terkena kat batang hidung aku. Suami pernah beberapa kali kantoi sebab betina, tapi katanya semua kawan.

Dia ada 1001 kebaikan. Ayah yang baik, anak yang baik, abang yang baik dan kawan yang baik. Cuma kelemahan dia kalah dengan “BETINA” dan tak nak solat.

Aku pulak jenis percaya, pendosa tak selamanya berdosa dan yakin dia akan berubah. Setiap hari doakan suami.

Ada orang cakap, salah selongkar telefon suami. Itu privacy dia.

Ya! Dulu aku setuju, tapi tidak selepas dia kantoi lepas kahwin. Dan ini kesilapan berulang. Dari bujang hingga nikah, dan jadi seorang Ayah. This is wrong!

At first aku bukan selongkar telefon dia. Masa tu aku bangun untuk susukan baby kami usia 4 bulan. Selesai susukan anak, aku akan catit dalam telefon.

Baby kami ada masalah penyusuan, jadi kena catit setiap susu yang dia minum. Kebetulan telefon suami yang aku boleh capai, baby nak riba saja waktu tu.

Malam tu Allah nak tunjuk suami buat benda tak baik. Once unlock password, terpampang gallery album dia. Agaknya suami tengah “cuci” aktiviti haram tapi terlelap.
Album dia penuh video p*rn0grafi dan gambar perempuan separuh bogel.
Menggigil tangan aku, jantung terus berdebar, dan membuak-buak rasa marah. Auto aku baling telefon tu kat suami. Dia jawab video tu semua dari group. Kawan-kawan dia suka hantar benda bukan-bukan.

Untuk pengetahuan korang, aku kenal juga kawan-kawan suami dan instinct aku cakap tak mungkin kawan-kawan dia berani share plenty of p*rn video dalam group. Korang rasa macamana?

Lepas dengar jawapan dia, lega sikit tapi aku tahu aku kena pantau benda ni sebelum melarat. Suami aku tenang, terus tidur lepas jawab. Tu pertama kali kantoi lepas kahwin.

Aku terus work from home lepas habis pantang. Ada satu malam tu aku pinjam telefon suami aku untuk tengok Youtube. Ternampak subscribe list dia. Suami aku follow kedai jamu. Pelik sebab suami bukan jenis berjamu.

Aku buka channel tu. Patutlah, owner kedai jamu tu pakai baju tak cukup kain, segala benda nak terkeluar. Start dari tu aku godek segala akaun sosmed suami.

Aku pendekkan.. Kat history sosmed dia penuh “SEARCH” p*rn0grafi. Dia follow group telegram p*rn0grafi dan download dari situ. Kalau tak dapat download, dia akan screenshot.

Mungkin suami lupa nak clearkan aktiviti kotor dia. Refer to the history, dia mula tonton benda luc4h sejak aku pregnant.

Paling terkilan, on the date aku bertarung lahirkan anak, warded banyak hari di hospital, suami aku tengok lurah betina lain, tengok perempuan b0g3l gelek-gelek.

Anak kami nicu tapi dia masih sempat mel4nc4p. Aku depan mata pun, dia mel4nc4p dalam toilet. Dan masa tu bulan puasa.

Aku tak bodoh dan tekad nak table talk dengan suami. Nak tahu apa masalah dia.

Aku ambil masa tenangkan diri dan tanya suami. Tunjuk bukti-bukti yang aku ada. Dia nafikan sampailah aku tunjuk semua yang aku jumpa dari akaun dia, bukan dari orang lain. Suami cakap, “Ala.. tengok video lucah saja pon.”

Hancur berkecai hati aku. Dari sebelum nikah hingga kahwin, aku berkorban macam-macam untuk suami.

Company dia collapse dari MCO 1. Hampir segala perbelanjaan dan komitmen aku tanggung. Duit tabung habis nak tolong dia. Aku emergency ceaser sebab baby kami ada problem dari pregnancy. Dan dia tak nak azan kan anak depan aku.

Tak pasti kenapa tapi aku hormat dia. Aku setia, tak pernah curang. Dia nak lepak dengan kawan-kawan aku okay.

Dia tak nak balik kampung aku, aku okay. Aku tak cukup tidur sebab jaga anak tapi dia sempat main game tiap hari, aku okay.

Seminggu aku diam tenangkan diri semula. Suami nak pegang aku, aku jijik. Bayang dia lalu depan aku pun aku benci. Aku akan cakap dengan suami untuk keperluan anak saja. Depan mertua aku buat macam tak ada masalah.

Aku marah sangat kat suami. Tapi lepastu aku counter balik, mungkin punca dari aku. Aku cuba ubah diri. Aku kerap masak walaupun penat kerja dan jaga anak. Aku dandan sikit-sikit kat rumah.

By the way, aku penghidap urticaria tahap kronik. Penyakit ni mula masa aku ada alahan pregnant. Aku ada parut from head to toe. Susah untuk aku nampak cantik kat mata manusia.

So, aku nak minta pendapat korang.

1 – Bagi korang, tonton p*rn0 tu perkara biasa ke?

2 – Macamana nak pujuk suami solat. Dia cakap taknak solat walaupun tak ada sebab. Aku concern sebab anak kami makin membesar. Tak nak bila dah besar, dia nampak solat tu benda remeh. Korang faham kan maksud aku?

Terima kasih yang sudi membaca dan bagi pendapat – Nor, useless wife.

– Nor (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Universiti Malaya kena kecam berjemaah kerana jemput pensyarah pro-Israel datang bagi ceramah
Rasa nak menangis, baru nak merasa beli baju raya lepas dapat sales RM1,300, suami tak kerja minta RM500 nak beli barang mancing
Pasangan suami isteri mahu hidup sederhana walaupun gaji RM8,000 sebulan, tapi ramai yang pandang hina sebab pakai kereta Axia
CATEGORIES