Penumpang kapal terbang sempat rakam UFO berbentuk silinder terbang  sebelah tingkat pesawat

Penumpang kapal terbang sempat rakam UFO berbentuk silinder terbang sebelah tingkat pesawat

Penumpang kapal terbang sempat rakam UFO berbentuk silinder terbang sebelah tingkat pesawat. Seorang ibu duduk bersama anak perempuannya di tepi tingkap pesawat terkejut apabila melihat satu objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk silinder terbang di langit Bandar Raya New York, lapor akhbar Metro UK semalam.

Michelle Reyes, merekodkan video objek misteri itu di sekitar Lapangan Terbang LaGuardia baru-baru ini dan menghantarnya kepada pihak berkuasa persekutuan.

“Pertama kali, saya menghantar e-mel kepada FAA (Pentadbiran Penerbangan Persekutuan) untuk memberitahu mereka apa yang saya lihat.

Penumpang kapal terbang sempat rakam UFO berbentuk silinder terbang sebelah tingkat pesawat

“Sayangnya, saya tidak menerima sebarang maklum balas dari mereka (pihak FAA),” katanya kepada program Banfield di stesen televisyen News Nation semalam.

Reyes juga menunjukkan rakaman itu kepada bapanya yang berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat.

“Dia tidak tahu apa objek itu. Dia juga bingung seperti saya,” katanya.

Pengacara siaran UFO Witness di saluran Discovery+, Ben Hansen berkata, pasukannya telah menganalisis video Reyes dan mendapati tiada bukti bahawa dia memalsukan atau menipu kandungan tersebut.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu khasiat ulam raja, rupanya boleh rawat penyakit 3 serangkai
‘Hancur berkecai hati aku, dari sebelum nikah hingga kahwin, aku berkorban macam-macam untuk suami, sekali Allah nak tunjuk suami buat aktiviti kotor belakang aku’
Kereta terbang pertama di dunia berjaya melakukan penerbangan siap bawa penumpang ahli muzik terkenal
CATEGORIES