“Yang pernah tinggal di Semporna je tahu something”- Lelaki ini dedah sisi lain pulau di Sabah yang ramai tak tahu

“Yang pernah tinggal di Semporna je tahu something”- Lelaki ini dedah sisi lain pulau di Sabah yang ramai tak tahu

“Yang pernah tinggal di Semporna je tahu something”- Lelaki ini dedah sisi lain pulau di Sabah yang ramai tak tahu. Malaysia sememangnya terkenal dengan tempat-tempat menarik apatah lagi kebanyakan negeri mempunyai pulau-pulau yang cantik untuk dijejaki.

Jika di Sabah, Semporna dianggap sebagai Maldives Malaysia kerana dikelilingi dengan laut dan pemandangan yang begitu indah sekali.

Tambahan pula, makanan-makanan enak dan segar juga mudah didapati. Selain itu juga, aktiviti snorkeling merupakan satu aktiviti yang wajib dicuba oleh pengunjung.

"Yang pernah tinggal di Semporna je tahu something"- Lelaki ini dedah sisi lain pulau di Sabah yang ramai tak tahu

Disebalik kecantikan dan keindahan yang dicanangkan mengenai Sabah, ada sisi lain yang perlu diambil kira oleh pengunjung yang berhasrat berkunjung ke sana.

Seorang lelaki melalui Twitter berkongsikan keadaan tersebut.

Jangan kena tipu, rajin bertanya pada orang tempatan

“Pelancongan hanya fokus pada pulau, bukan pada pekan. So, jalan sempit, parking tak cukup, tempat-tempat jalan-jalan pun tak ada sangat di pekan tu ya.
“Banyak orang Bajau laut, so bersepah pekan kotor semua tu harap maklum. Nak sedekah boleh tapi berpada-pada,” tulisnya.

Dia juga menasihatkan supaya pengunjung berhati-hati dalam memilih restoran makanan dan membeli seafood.

“Hati-hati pilih restoran makanan. Nak makan seafood boleh, memang recommended sana tapi kalau nak makan binatang yang bercengkerang, make sure yang hidup (tangkap baru masak) atau sejuk beku. Kalau tak pasti, boleh tanya tuan kedai.

“Beli seafood area jeti. Rasa macam murah tapi jangan kena tipu ya.Tak pasti boleh tanya orang tempatan yang tinggal sana,” katanya.

Elak pakai perhiasan emas

Selain itu juga pengunjung juga bakal berdepan dengan lanun laut.

“Ni bahaya sikit. Lanun laut. Ada ye kes book je kat jeti pastu naik ke pulau kononnya. Pastu tiba-tiba berhenti tengah laut minta barang-barang. “Belum lagi cerita pasal kena tahan dengan bot lanun. Boleh je pegi cuma hati-hati sikit lah,” katanya.

Menerusi beberapa komen pula, ada juga yang menasihatkan pengunjung agar tidak memakai perhiasan emas dan kaum hawa dinasihatkan juga supaya berhati-hati.

“Banyak kali orang Laut hisap gam, berak merata tempat orang snorkeling, money stealing, harga seafood (lobster) dekat atas chalet harga RM1,000 tak termasuk makanan lain.

“Pernah kena tahan dengan lanun naik private boat dan diorang bawak pergi dekat tengah laut, tak bagi barang kemas, diorang campak tengah laut,” katanya.

“Kalau pergi sana dengan group perempuan saja better jangan ramah sangat,make sure snorkeling area bot je. If dia bawa jauh dari group, kau menggelupur lah minta dia bawa join group balik. Some of them might sexual harrass you in the water, tapi jangan terlampau sombong pula. Biasa-biasa je,” tulis Nahnanahno.

Namun, terdapat satu komen yang mencuit hati netizen.

“Aku pernah berkayak area resort kat Mabul, tengah seronok berkayak ehhhh seketul taik lalu sebelah,” kata NfizaZzZz.

Baca Lagi:
4 huruf yang sangat digeruni “SSSS” pada ‘boarding pass’, ini maksudnya yang ramai tak tahu
Penduduk kampung jadi kaya-raya raih pendapatan RM13,000 sebulan hanya jual cicak tokek
Lelaki kantoi pandu Ferrari 488 Spider tak ada ‘roadtax’, ini alasannya
CATEGORIES