Rahsia lelaki ‘check in’ hotel mewah selama 603 hari akhirnya terbongkar

Rahsia lelaki ‘check in’ hotel mewah selama 603 hari akhirnya terbongkar

Rahsia lelaki ‘check in’ hotel mewah selama 603 hari akhirnya terbongkar. Selama dua tahun atau tepatnya 603 malam Ankush Dutta menginap di hotel lima bintang di ibu negara tanpa membayar apa-apa.

Bagaimanapun, penginapan mewah ‘percuma’ lelaki itu terbongkar selepas pengurus hotel mengesan berlaku salah laku pada akaun pelanggan dan memfailkan laporan polis.

Laporan turut dibuat ke atas beberapa pekerja hotel atas dakwaan konspirasi, pemalsuan dan penipuan.

Rahsia lelaki 'check in' hotel mewah selama 603 hari akhirnya terbongkar

Siasatan sedang dilakukan, namun belum ada sebarang tangkapan. Pihak hotel kini menuntut Dutta menjelaskan bil penginapan tertunggak melebihi £55,000 (RM32,7013.62).

Memetik The Sun, Dutta dikatakan menempah satu bilik untuk penginapan semalaman di Roseate House di Delhi pada 30 Mei 2019 dan sepatutnya mendaftar keluar pada keesokan harinya.

Namun, lelaki itu yang kini dalam siasatan polis India, melanjutkan penginapannya selama 603 malam sehingga 22 Januari 2021.

Dia dipercayai berjaya mengelak dikesan sekian lama menerusi helah dalam menukar bil pelawat lain dan penipuan bil, malah ia dilaksana secara tidak mencurigakan.

Difahamkan, lelaki itu turut mendapat bantuan pekerja hotel yang berkemungkinan disogok untuk memanipulasi sistem hotel.

Kes itu pertama kali dibawa ke pengetahuan polis pada 24 Mei lalu, namun maklumat lanjut mengenainya semakin banyak didedahkan media tempatan, baru-baru ini.

Polis kanan memberitahu media tempatan, “mengikut peraturan hotel, jika tetamu berhutang lebih daripada 50,000 rupee (RM2,852.99), staf perlu memaklumkannya kepada kakitangan kanan dan menggesa pembayaran dibuat.”

“Malangnya peraturan ini tidak dilaksana (dalam kes Dutta),” katanya.

Jika terbukti bersalah, Dutta akan menjalani ‘penginapan percuma yang panjang’ tetapi kali ini kurang mewah..

Baca Lagi:
4 huruf yang sangat digeruni “SSSS” pada ‘boarding pass’, ini maksudnya yang ramai tak tahu
Lelaki kantoi pandu Ferrari 488 Spider tak ada ‘roadtax’, ini alasannya
“Orang gaji suka pakai minyak wangi waktu suami ada di rumah, rupanya ada ikatan senyap-senyap lepas kantoi gambar pakai pakaian dalam aku”
CATEGORIES